Sunday, 24 August 2014

Jika Perpisahan Itu Adalah Lebih Baik

perpisahan
perpisahan | this is over by ~nono-sukar
When someone comes into your life, Allah sends them for a reason. Either to learn from them or be with them till jannah..

Perpisahan. Clash. Break up. Putus.

Pernahkah anda semua mengalami situasi ini?
Mungkin inilah perkataan yang sangat menyeksa jiwa kebanyakkan daripada kita. Kita merasakan ini adalah satu “musibah” yang sangat besar, yang sangat menyesakkan dada, yang mudah sekali untuk menjatuhkan butiran air mata.
Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, yang sentiasa terbayang di benak kita.
Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi dan kita merasakan hanya boleh bahagia dengannya sahaja.
Kita takut, apabila berpisah dengannya, kita tidak akan ada sesiapa lagi.
Ada juga diantara kita yang terpaksa memutuskan hubungan atas dasar keluarga yang tidak merestui. Tidak sama taraf, perbezaan agama, faktor jarak dan pelbagai lagi alasan yang kita tidak mampu kawal.
Dan yang paling baik dan terpuji bagi saya, adalah mereka yang memutuskan sebuah hubungan cinta kerana ingin menjaga agama dan maruah diri dari fitnah dan dosa cinta.
Namun saya pasti, setiap terjadinya “putus hubungan” ini, pasti diiringi dengan air mata, kesedihan, kemurungan dan rasa kecewa. Kalau tak banyak, mesti apa juga secebis perasaan ini even sedikit.
Tapi ia tak pelik pun, normal. Tiada manusia yang tidak sedih dengan sebuah kehilangan.  Mana ada manusia yang mahu kebahagiaannya hilang.
Tetapi mengapa kita perlu bersedih berlebih – lebihan?
Apakah alasan utama yang kita untuk terlalu sedih untuk sesuatu yang masih tiada hitam putih, yang masih ghaib. Lagikan orang yang sudah berkahwin pun boleh bercerai.
Kenangan? Kerana terlalu banyak saat indah bersamanya? Hidup ini bagaikan putaran roda, jangan menyandarkan hidup kita hanya kepada kenangan.
Mungkin pada waktu lalu kita gembira bersama dia, tetapi sekarang adakah kita masih gembira? Dan apa yang pasti, masa depan belum tentu menjanjikan rasa bahagia seperti masa lalu.
Dan kesedihan yang sedang kita lalui ini, tidak selamanya akan begini. Percayalah, kita akan temui bahagia setelah diuji untuk bersabar. Setiap kehilangan ada pembelajaran yang membuat jiwa makin dewasa.
Atau mungkin menjadi sebuah proses untuk melepaskan sebuah ego dalam diri. Di saat kehilangan, kita jadi meringkuk seperti bayi yang tak punya kuasa.
Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.
Kata orang bijak, manusia tak memiliki apa-apa kecuali pengalaman hidup. Kita sedar kita tak pernah memiliki apa-apa pun, kenapa harus tenggelam dalam kepedihan yang berlebihan ketika kita kehilangan?
Takut untuk Memutuskan cinta.
Ini lagi satu masalah yang menghantui kebanyakkan orang. Takut untuk meminta kata putus. Memang susah untuk memutuskan cinta dengan seseorang apatah lagi jika diapernah dekat dengan kamu. Tidak mahu menyakiti dan tidak mahu orang yang mendendami.
Sebelum itu, apa yang menyebabkan kita patut memutuskan hubungan? Putuslah jika orang yang kamu suka itu seorang yang fasik, tidak melakukan solat, mengajak kamu melakukan maksiat, tidak memberatkan agama.
Juga putuslah jika cinta ini melalaikan kamu dari Allah, pelajaran, ibu bapa.
Jangan teruskan hubungan dengan orang yang tidak serius dengan sebuah perkahwinan. Suruhlah dia datang jumpa ibu bapa, Jika dia betul – betul dengan anda. Janji mulut sahaja tak cukup, kena tunjuk usaha. Percayalah, cinta selepas nikah itu lebih indah.
Saya ulang sekali lagi, cinta selepas nikah itu lebih indah.
Memutuskan. Perkara sukar tetapi sebenarnya mudah, kesulitannya hanya kerana kita enggan menyakiti seseorang. kalau hubungan itu menjurus ke arah dosa dan kelalaian, maka putus sahaja.
Jangan takut menyakiti hatinya, kerana dia hanya mengajak kita kearah kemaksiatan. Yang mana kita pilih, samada menyakiti dia ataupun menyakiti Allah?
Suatu hari nanti kita akan rasa betapa bertuahnya diri kita. Kita akan sedar betapa beruntungnya Kita diuji sebegitu. Cuma awak kena bangun dan teruskan hidup terlebih dahulu,- penulisbuta
Takdirkanlah yang terbaik untukku apapun keadaannya dan jadikanlah aku redha dengannya.. amin..

HATI Seorang Insan Bergelar WANITA

Allah menciptakan kaum kita dengan hati yang dihiasi dengan kelembutan.
Hati yang diselaputi dengan kesabaran.
Hati yang tahan untuk disakiti.
Hati yang belajar erti taat dan setia.
Dengan kelembutan hati wanita lah yang dapat mententeramkan jiwa lelaki
yang dipanggil suami
Dengan kesabaran hati wanitalah yang dapat mendidik anak-anak hingga dewasa
Dengan hati wanita lah yang dapat menahan segala karenah anak dan
suami walau disakiti
Dengan hati inilah wanita mencurahkan segala kasih sayang dan
kesetiaan yang tidak
berbelah bagi kepada seorang suami.
Muslimah sekalian,
Sedarkah kita secara fitrahnya Allah menciptakan kita dengan hati yang kuat.
Terkadang emosi kita yang lebih menguasai hati membuatkan kita lupa
betapa tabah dan kuatnya hati ini.
Betapa cantik dan indahnya Allah ciptakan wanita itu dengan kelembutan
dan kekuatan yang ada pada kita.
Bertambah cantik lagi seorang wanita yang menghiasi emosi dan hatinya
dengan cinta kepada Illahi.
Wahai wanita,
Jika kita sedar betapa kuat Allah ciptakan kita,janganlah kita mudah
jatuh pada satu ujian yang diberiNya.
Emosi yang dianugerahkan Allah kepada kita adalah tanda betapa hati
wanita ini sangat peka.
Peka dengan kehendak dan hati sang suami dan anak-anak.
Bukan tanda kelemahan tetapi sebagai pelengkap dalam rumahtangga.
Jika kita jatuh hari ini,bangunlah.
Jangan pernah dikesalkan.
kerana
Hari ini mengajar kita tentang hari esok.
Agar pengalaman hari ini membuat kita lebih bersedia dan lebih
mengingatiNya pada perjalanan kita yang seterusnya.
Insyaallah.
Wallahualam,

Sunday, 10 August 2014

Solat sunat tahajjud dan cara mendirikannya



ASSALAMUALAIKUM





Solat tahajjud ialah solat sunat yang didirikan setelah terbangun dari tidur , walaupun tidur sebentar . waktunya antara isyak smpai subuh . Waktu utama dari jam satu sampai subuh . Jumlah rakaat tidak terbaras , paling kurang dua rakaat. Jadi cara melakukan hendaklah tiap dua rakaat dengan satu salam . Banyak ganjaran yang diperolehi bila selalu mendirikan solat tahajjud . Antara lain mudah mendapat rezeki dan doa dimakbulkan ALLAH s.w.t .


Firman Allah SWT.:

17:79
 Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)

TUJUAN SOLAT TAHAJJUD

  1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.


KELEBIHAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD

.
    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.



CARA-CARA MENDIRIKAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD


1. Doa sebelum solat sunat tahajjud

 "Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali."


  2.Niat solat sunat tahajjud

 
  
(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Sahaja aku solat sunat tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.


3.Baca Surah Al-Fatihah




4.  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah


      a)Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi  (7 kali)
 
 
                             Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas  (11 kali)

Atau;


  Ayat Al-Kaafirun
b)Rakaat pertama:  



Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas




Atau;


c) 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)

 

 

4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali

http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/06/doa-sujud-akhir-tahajud.jpg 

5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini
http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/06/doa-selepas-salam-tahajjud-sq.png 

6.  Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut


 

Maksudnya:

“Ya Allah, Ya Tuhan, bagi Mu segala puji dan pujian. Engkau Raja di Raja. Seluruh langit, bumi, dan segenap isi dan penghuninya, kepunyaan Mu semata. Engkau mengatur semuanya dengan sempurna, tiada suatu pun yang ketinggalan. Engkau Haq dan nyata. Janji Mu tepat. Pasti kita bertemu dengan Engkau. Kata-kata Mu benar. Kenyataan syurga dan neraka, kesejahteraan dan kesengsaraan tidak dapat disanggah. Kebenaran para Nabi dan Muhammad S.A.W tidak dapat pula dibantah. Tuntutan tanggung jawab, perhitungan neraca dan hari pembalasan, pasti tiba saatnya. Ya Allah, Ya Tuhan, aku meyerah dan tunduk pada Mu, beriman dan yakin akan Engkau. Bertawakkal pada Mu. Di pihak Mu aku berdiri dan pada Mu aku bertahkim. Maka ampunilah kelalaian ku dan tutupilah kelemahan ku, baik yang lampau, mahupun yang kini dan yang mendatang, yang lahir dan batin serta yang Engkau lebih tahu daripadaku. Engkau yang memajukan dan Engkau pula yang memundurkan. Dan tiada Tuhan selain Engkau. Serta tiada helah mahupun kekuatan kecuali dengan Mu jua.”


MEMUDAHKAN BANGUN SOLAT MALAM

.
  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.

.

Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

WIRID SELEPAS SOLAT FARDHU DALAM RUMI

Diringkaskan dari kitab ‘hidayatus salikin’, selepas solat bacalah:
1. ASTAGHFIRULLAH (3KALI)
2. ASTAGHFIRUL LAH HAL A’ZIM ALLAZI LAA ILA HA ILLA HUWAL HAYYUL QOYYUM WA A TUBU ILAIH
3. ALLAHUMMA AJIRNA MINANNAR (3KALI)
4. ALLAH HUMMA ANTAS SALAM WAMINKASSALAM, WA ILAIKA YA U’DUS SALAM, FAHAYYINAA ROBBANA BISSALAM, WA ADKHILNAL JANNATA DAROS SALAM, TABAROKTA ROBBANA WA TA NGALAITA, YA ZAL JALALI WAL IKROM.
5. A UZUBILLAHI MINASSYAITHONIRRAJIM, BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, ALHAMDULILLAHIRABBIL NGALAMIN, ARRAHMANIRRAHIM, MAALIKIYAU MIDDIN, IYYAKANAKBUDU WA IYYA KANASTAIN, IHDINASSIRO THOL MUSTAQIM, SYIRO THOL LAZINA AN AMTA NGALAIHIM, GHAIRIL MAGH DHUBI NGALAIHIM, WALADDHOOOLLIN. AMIIN.
6. WA ILA HUKUM ILAAHUN WAAHIDUN, LAA ILAHA ILLA HUWARRAHMAANURRAHIM, ALLAHULAA ILAA HA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM, LAA TAK KHUZUHU SINATUWWALA NAUM, LAHU MA FISSAMAWAA TIWAMA FIL ARD, MAN ZALLAZII YASYFA’U NGINDAHU ILLAA BI IZNIH, YAKLAMU MAA BAINA AIDIIHIM WAMA KHOLFAHUM, WALAA YUHIITUNA BI SYAI IN MIN NGILMIHI ILLAA BIMA SYAA’, WA SYI NGA’ KURSIYYUHUSSAMAWAATI WAL ARD, WA LAA YA U DHUHU HIFZHUHUMA, WA HUWAL NGA LIYYUL NGAZIM.
7. SYAHIDALLAHU ANNAHU LAA ILAA HA ILLAA HUWA WALMALA IKATU WA ULUL NGILMI QAIMAN BIQIST, LAA ILAA HA ILLA HUWAL NGAZIZUL HAKIM. INNADDIINA NGINDALLAHIL ISLAAM.
8. QULILLAA HUMMA MALIKAL MULKI TU’TIL MULKA MAN TASAA’, WATAN ZI NGUL MULKA MIMMAN TASAA’, WATU NGIZZU MAN TASAA’, WA TU ZILLU MAN TASAA’, BI YA DIKAL KHAIR INNAKA NGALA KULLI SYAI’IN QADIIR. TULIJUL LAILA FINNAHAR, WA TUU LIJUNNAHARRA FILLAILI, WATUKH RIJUL MAYYITA MINAL HAYYI, WA TARZUQU MAN TASAA’ U BI GHAIRI HISAB.
9. SUBHAANALLAH (33@100KALI) pahala seperti mengerjakan haji dan umrah.
10. SUBHAANALLAH WABIHAM DIHI pahala di ampunkan dosa walau sebanyak buih dilautan.
11. ALHAMDULILLAH (33@100KALI) pahala seperti berperang fisabilillah.
12. ALHAMDULILLAHI NGALA KULLI HALIN
13. ALLAHUAKBAR (34@100KALI)
14. LAA ILAA HA ILLALLAH WAHDAHU LAA SYAARIIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHULHAMDU WA HUWA NGALA KULLI SYAI’IN QADIR. WALA HAWLAWALA QUWWATA ILLAA BILLAA HIL NGALIYYIL NGAAZIIM. Pahala meluaskan dan membanyakkan tanaman di syurga.
15. ALLAHUMMA LAA MAANI NGA LIMAA AK THOI TA, WA LAA MUQTIYA LI MAA MANA’TA, WA LAA RADDA LI MAA QO DHOI
TA, WA LAA YAN FA NGU ZHAL JADDI MINKAL JADDU.
16. ALLAA HUMMA SOLLI NGALAA SAYYIDINAA MUHAMMADIN NGABDIKA WA RASUULIKANNABIYYIL UMIYYI, WA NGALA AALIHI WASOHBIHI WASALLAM, KULLAMA ZAKAROKAZZAKIRUUNA, WA GHOFALA NGAN ZIKRIKAL GHOFILUUN, WARO DHI YALLAAHU TABAROKA WA TA NGALA NGAN SAADAATINAA ASH HAABI SAYYIDINAA RASUULILLAAHI AJMA NGIN.
17. WA HASBUNAALLAHU WA NIKMAL WAKIIL. WA LAA HAWLAWALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL NGALIYYIL NGAZIM.
18. ASTAGHFIRULLAH (3KALI)
19. YAA LATIF FU YAA KAFI, YAA HAFIZU YAA SYAFI, YAA LATIIFU YAA KAFII, YA HAFIIZU YAA SYAAFI, ALLAH, YAA LATIIFU YAA WAAFI, ALLAH, YA KAARIIMU ANTALLAH
20. LAA ILAA HA ILLALLAH (10KALI) pahala seperti memerdekakan hamba.
21. LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASUULULLAH, KALIMATU HAQQUN NGALAIHI NAHYA WA NGALAINA NAMUT, WA NGALAIHAA WABIHAA NUB NGASU INSYA ALLAHU TA NGALA MINAL AA MINIINA BIROHMATILLAHI WA KAROMIHI.
22. BISMILLAAHIRRAHMAANIRRAHIIM. QULHUWALLAHU AHAD, ALLAHUSSOMAD, LAM YAA LID WALAM YUULAD, WALAM YAA QULLAHU QUFUWAN AHAD (3KALI) pahala seperti membaca seluruh Al-Quran.

SOLAT DHUHA

Assalamualaikum

Dhuha - Solat untuk membuka pintu rezeki.



1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat - 2 rakaat 1 salam.

2) Waktu paling afdal / sesuai untuk solat : Pagi - 20 minit selepas matahari terbit. Anggaran 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (Sebelum zuhur).




"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali

Bacaan selepas solat Dhuha
 

Terjemahan bacaan doa selepas solat Dhuha dalam bacaan Rumi 


Allahumma innadh Dhuha~a Dhuha~uka,
Wal bahaa~a bahaa~uka
Wal jamaala jamaaluka
Wal quwwata quwwatuka
Wal qudrata qudratuka
Wal ishmata ishmatuka
Allahhuma inkaana rizqi fis samma-i fa anzilhu
Wa inkaana fil ardhi fa~akhrijhu
Wa inkaana mu'asaran fayassirhu
Wainkaana haraaman fathahhirhu
Wa inkaana Ba'idan fa qaribhu
Bihaqqiduhaa~ika wa bahaaika
Wa jamalika wa quwwatika waqudratika
Aatini maa ataita 'ibaadakash shalihin

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.