Friday 28 October 2016

IKHTILAT

Apakah Ikhtilat & hukum ikhtilat & pandangn Islam terhadap Ikhtilat.. Ikhtilat :Percampuran lelaki dan perempuan, Ikhtilat : Faktor kejatuhan Belia Islam masa kini. Ikhtilat :Percampuran lelaki dan perempuan, Ikhtilat : Faktor kejatuhan Belia Islam masa kini.Godaan dan tipu daya syaitan lebih BESAR dan kuat serta LICIK dengan budak2 yang berlatar belakangakan agama, sekolah agama, fakulti agama, kos agama.. (sentap) huhu Hukum: asalnya HARAM boleh jadi HARUS dalam beberapa perkara ;
DARURAT : utk menyelamatkan nyawa.
Hajat : dalam pembelajaran, perbincangan hal2 program dll..
Silaturrahim : Melayani tetamu dan menghadiri kenduri.. Ada 7 Jalan yang mendekatkan diri ke arah penzinaan
1- Pandang2
2- Senyum2
3- Hai2/chatting
4- Buat temujanji
5-Berjumpa, berdua22an
6- Zina
7- Dua2 masuk neraka >,< Apakah Etikanya & syarat2nya? -Jaga mata
'Jika mata tertutup, semua pintu kejahatan juga tertutup' -Keadaan pertemuan/perjumpaan tidak mendatangkan fitnah
*Tak berdua2an
*Tempat persekitaran perlu disekitar orang ramai. -Menutup aurat dengan SEMPURNA
*Highlight utk prempuan.. so x yah kot nk share..huhu -Serius bila berurusan
*Jangan menyimpang lain2.. (sentap) Zaman sekrg ni makin byk jalan yg menjerumus ke arah ikhtilat.. FB, Whatsapp, wechat dll.. Nak jage ikhtilat dlm laman sosial..
Dua2 pihak kene ambil peranan masing2..
-Perempuan ni sifat die ingin dipuji.. dan sebb tu la suke sgt nk upload gmba dlm fb, insta and so on...(sentap)
-Lelaki pulak.... jangan like, komen share bagai.. sbb klu laki x like, prempuan pon akan sedar. 'ala.. ak ni x cntik kot.. x nk la upload da..' -haha ayat ustaz tu.. dapat pointnye kan? Kenapa Ikhtilat sangat diambil perhatian?? TUJUAN NYA ADALAH... untuk memelihara & menghormati wanita.. Jadi, kalau lelaki yang suka ngajak wanita berikhtilat, mksudnya laki tu x hormatkan wanita tu.. x menjaganya.. merosakkan maruah wanita itu.. Perempuan pulak.. klu dia sendiri yang berikhtilat.. dia sendiri yang rosakkan dirinya, maruahnya dan sebagainya.. (sentap) 98% kajian yang telah dijalankan (maaf x ingat kajian hok mana) menunjukkan.. Setiap lelaki yang berhubung dengan wanita pasti akan naik syahwatnya..!! Lelaki yang menafikannya adalah pembohong besar. gulps.. agak serem siket tang ni >,< Berukhwah berlainan jantina itu WAJIB. Tapi, faham x ukhwah tu ape?? UKHWAH tu... adalah stu perhubungan/ pertubuhan/ kumpulan yang membawa kearah kebangkitan islam.. Jadi, kalau kita bersamaan jantina sekali pon.. tapi mengajak tgk citer korea, tgk wayang sekali pon.. itu bukan UKHWAH.. sbb perkara2 tu menjatuhkan islam.. -Saling menjaga ikhtilat itu adalah ukhwah.. sbb membawa ke arah kebangkitan islam.. Ramai orang skrg menggunakan istilah ISLAMIK untuk menghalalkan ikhtilat.. SALAH sekali..
Orang yang terlalu menjaga ikhtilat ini jumud ke? syadid sangat ke? extreme sgt ke?? "Islam itu dtg dalam keadaaan yang asing. Dan ia akan berakhir dengan keadaan yang asing juga. Maka beruntunglah golongan yang asing itu" -Cuba utk tutup jalan2 ikhtilat.. Left group lagho (sentap) "Orang yang paling terpuji disisi Allah adalah orang2 yang bertaqwa"
Allah x tgk rupa, jasad kita.. Allah lihat pada amalan kita.. -Jangan terlalu mengharapkan pujian manusia.. Allah dapat menilai hati kita.. Apakah cara & langkah2 jaga ikhtilat yang dibenarkan syara' ? 1- Fahami asas2 ikhtilat (hukum) 2- UNFRIEND, UNFOLLOW berlainan jantina (sentap) 3- JANGAN SIMPAN NOMBOR TELEFON berlainan jantina (sentap) 4- Jangan berkawan dengan orang yang kaki ikhtilat.. x pandai jga ikhtilat..
*Nak tahu kita ni cmna orangnya, tgk bilamana, orang datang kat kita bercerita perkara2 lagho sebab kita sendiri mcm tu.. 5- Orang berikhtilat ni, sebab dia tak merasa kemanisan ukhwah sesama jantina.. jadi, cuma untuk mencari sahabat yang boleh menjadi 'bahu' kita tatkala kita dilanda musibah.. dan jadi sahabat yang boleh menjadi 'bahu' kawan lain ketika mereka dilanda musibah.. 6- Elakkan tengok filem2 yang berunsurkan seks.. (korea, hindustan dan lain2) 7- Sebokkan diri dengan urusan dakwah & tarbiyah
*Cuba bayangkan Rasulullah ada bersama kita sekrang, dan bayangkan betapa sedihnya Rasulullah tgk belia masa kini menangis kerana putus cinta.. sebok dengan cinta dunia.. (sentap) #Nak tak nak berubah atas tangan kita skrg..
Ikhtilat itu MAKSIAT -kalau mulakan sesebuah perkahwinan itu dengan berikhtilat, kamu rasa Allah akan redhai x? Jadi, siapa yang akan bantu dalam hal rumahtangga nanti kalau x de keberkatan daripda Allah? - Lelaki yang membawa Perempuan berikhtilat, bukanlah lelaki yang baik utk dikahwini. - Jaga hubungan dengan Allah. Kalau x jaga, camne Allah nak jaga segala urusan kita? -Allah yang melemparkan perasaan kasih sayang itu kepada hati hamba2-Nya.. jadi, berdoalah banyak2.. Cara nak Istiqomah menjaga ikhtilat.. -Kita x perlu taubat... Tapi kita perlu menlazimi taubat (sentiasa bertaubat) -Jangan tangguhkan taubat..! -Taubat itu kunci istiqomah.. Cara nak lupakan seseorang? -Cinta itu fitrah..
Tapi hadirkan fitrah itu pada tempat yang betull.. contoh: Makan itu fitrah.. bleh kah kita makan BABI?? tak kan? samalah mcm CINTA.. -Selalu ingat.. Kalau kita mudah sgt lupakan Allah kita kene buat pada dia mcm mana kita lupakan Allah.. -Elakkan daripada mendapatkan pandangan & pendapat orang yang berlainan jantina.. its really dangerous... -Jaga hati melalui solat.. Solat yang jaga hati kita, Solat itu pengubat hati kita.. Sesi Soal Jawab -Bolehkah Lelaki berselfie? HARUS dengan niat bukan utk menarik perhatian perempuan.. ia jatuh hukum HARAM.. -Bolehkah perempuan upload gambar? HARUS dengan syarat :
1) tutup aurat SEMPURNA
2) gambar tidak menggoda (selfie)
3) Jangan bergambar dengan jarak yang dekat
4) Tak payah upload terus lagi senang... (Sentap) -Ikhtilat kerana ingin berkahwin? Bertunang? Kalau mengikut islam, apabila lelaki kata dia nak mengahwini perempuan dan perempuan itu bersetuju, maka pada hukumnya mereka terlah pun bertunang.. hantar rombongan bagai tu adat je.. Tapi.. bertunang cara itu, hanya boleh bilamana lelaki itu benar2 bersedia menggalas tanggungjawab sebagai suami.. Lelaki yang berkata ingin menikahi perempuan sedangkan dia masih belum membuat apa2 persiapan (x kerja lagi, rumah x dak, kereta x dak), lelaki itu telah menzalimi hati perempuan.. (sbb hati perempuan ni lain bila diajak bernikah) Jadi, sebelum berkahwin WAJIB TAARUFUstaz tu cerita cara dia taaruf dengan zaujah die.. ( bru umur 22 da kawen.. hoho) Ustaz tu x pernah mesej zaujah dia tanya khabar bagai..
mereka taaruf, bersoal jawab antara mereka dgn dibatasi langsir, tirai..
Ustaz tu nak berinteraksi dengan zaujah die, hanya melalui kakak ustaz tu.. Khulasoh : Semua orang terseksa dgn maksiat yang dilakukan.. bila bangun, jatuh balik.. kuatkan diri.. kuatkan hati.. dengar lagu ciptaan ustaz Adnin Roslan ni.. tajuknya : Ku Ingin Berubah
-Kembali lah kepada jalan yang diredhai Allah..

Wednesday 30 December 2015

PENDAPATAN PASIF HAKIKI

Pendapatan Pasif Hakiki

Saya membaca hampir semua buku nukilan Robert Kiyosaki. Salah satu karya beliau yang paling popular ialah Rich Dad Poor Dad yang diterjemah dalam banyak bahasa di seluruh dunia. Di antara pengajaran di dalam buku tersebut ialah kita perlu berusaha untuk keluar dari cengkaman kewangan yang menjerat kita.
Kita kena pastikan agar pendapatan pasif kita dapat menampung segala perbelanjaan bulanan kita. Pendapatan pasif ini sangat ditekankan oleh beliau kerana ia adalah salah satu bentuk pendapatan yang berterusan tanpa kita perlu berpenat lelah, hanya perlu kerja sekali tetapi pendapatan yang kita perolehi adalah berkali-kali.
Robert Kiyosaki


Robert Kiyosaki 
dengan buku keluaran beliau yang laris. [Bonny Business]


Contohnya jika kita menulis buku dan menjual buku tersebut, maka kita akan mendapat royalti selagimana buku tersebut masih mampu dijual. Walaupun kita telah meninggal dunia! Sedangkan kita hanya menulis buku itu hanya sekali sahaja. Penerangan beliau sungguh membuka mata dan minda ramai pembaca siri buku beliau.

Bagaimana Pendapatan Pasif Yang Hakiki?

Agama Islam mengajar kita melihat pendapatan pasif lebih daripada itu. Sebagai seorang muslim, kehidupan selepas mati itu lebih penting kerana ia adalah kekal abadi.
Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara; Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat, Anak soleh yang mendoakan keatasnya
Hadith diriwayatkan oleh Muslim & al-Bukhari
Islam telah menggariskan tiga pendapatan pasif di dalam kadar matawang pahala yang kita boleh usahakan agar kita akan dapat hasilnya secara berterusan walaupun kita sudah tidak berada di dunia lagi.
Jika di dunia ini kita bermatlamat untuk membina paip pendapatan pasif seperti yang dinyatakan tersebut, Insyallah hidup kita akan lebih bermakna dan mudah-mudahan kita mampu ‘goyang kaki’ di sana kelak.

Usaha Yang Mempunyai Kesan Berantai

Ini kerana semua ketiga-tiga pendapatan pasif yang digariskan oleh Islam sebenarnya satu bentuk pembangunan masyarakat yang sangat baik. Ini kerana kesan pembangunan pendapatan pasif akhirat ini mempunyai kesan berantai. Oleh kerana itu ia sangat sukar untuk dilaksanakan, perlukan pengorbanan, semangat istiqamah dan kesungguhan yang tinggi.
Kesan Berantai
Contoh bagaimana pahala kita boleh bercambah. [Online Marketing]
Contohnya, diri saya sendiri. Saya telah selesa untuk hidup dengan hasil pendapatan perniagaan yang telah saya usahakan. Atas dasar apa lagi saya perlu berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang saya ada ini kepada orang lain?
Jika tidak kerana agama Islam menutut penganutnya membina pendapatan pasif agar berjaya di dunia dan akhirat, sudah tentu tiada keperluan untuk saya berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman saya dengan orang ramai.
Itulah agama Islam, satu agama anutan yang sentiasa mendidik jiwa manusia agar sedar apa yang dimiliki oleh kita sebenarnya bukan milik kita. Semuanya sekadar dipinjamkan sahaja sebagai satu ujian dari Tuhan kepada hambanya.
Namun, masih ramai lagi usahawan yang menjana pendapatan 7-8 angka sebulan lebih selesa menyimpan ilmu dan kemahiran mereka sendirian kerana tidak sedar kepentingan membina pendapatan pasif yang hakiki. Saya doakan agar mereka terbuka hati untuk membina paip pendapatan pasif.

Tuhan Itu Maha Pemurah Terhadap Hambanya

Jika kita memahami salah satu sifat Tuhan iaitu Yang Maha Pemurah, maka kita semua akan lagi bersungguh-sungguh untuk membina pendapatan pasif ini. Manakan tidak, dengan sifat pemurah Tuhan, setiap sedekah atau ilmu yang kita berikan kepada orang lain akan memberikan pulangan berganda kepada kita.
Apabila orang lain membuat sebarang kebaikkan di atas asbab dan musabab kita bersedekah atau mengajarkan ilmu kepada mereka, maka kita akan mendapat pahala penuh seolah-olah kita sendiri mengerjakan perbuatan baik tersebut! Subhanallah.
Passive Income
Contohnya ketika ada sahabat kita berputus asa dengan kehidupan mereka, kita mengambil insiatif untuk berikan galakkan dan dorongan untuk kembali bangkit. Terinspirasi dengan pendekatan kita, beliau kembali bangkit. Maka setiap apa perkara baik yang beliau usahakan dan setiap amal kebajikkan yang beliau lakukan akan turut memberikan saham untuk kita.
Itulah pendapatan pasif yang hakiki. Sesungguhnya kita semua mampu mencipta pendapatan pasif kita sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing. Kita masih punyai waktu dan ketika untuk membina pendapatan pasif agar ia terus berkekalan walaupun kita sudah tiada di dunia ini kelak.

 

JERAT PERCINTAAN YANG MELALAIKAN

Jerat Percintaan Yang Melalaikan


Jatuh bangun menghadapi episod percintaan rupanya tidak mudah. Soalnya kerana berhadapan dengan gelora perasaan dan kecamuk fikiran.
cinta
Islam tidak melarang kita untuk bercinta asalkan mengetahui batasnya.
Dan cinta juga, merupakan episod hidup yang menjeratkan gadis kita ke jalan percintaan yang silap arah. Antara faktor membuatkan perasaan ingin bercinta adalah dek berkumandangnya lagu-lagu cinta yang melalaikan di corong-corong radio dan televisyen.
Sejak kecil dan remaja sekarang dipertontonkan dengan adegan cinta biasa yang saling bersentuhan di antara yang bukan muhrim. Filem-filem dalam negara dan luar negara yang tidak patuh syariah pula merata-rata tanpa had dan sempadan.
Aduhai, betapa sukarnya memecahkan ‘cycle’ ini yang sudah lama berakar umbi dalam masyarakat kita.
Justeru, para gadis mulai menjadi hamba kepada cinta bernafsu. Cinta yang mana keutamaannya bukan kepada keredhaan Allah akan tetapi keredhaan manusia semata-mata.

Cinta Bertuhan Vs Cinta Tidak Bertuhan

Pengalaman mendengar dan membaca permasalahan cinta dari remaja membuatkan timbulnya pelbagai persoalan. Kebiasaanya gadis-gadis yang tidak kuat persekitaran tarbiahnya, menjadikan cinta itu adalah perkara utama dan kuasa dalam hidup.
Setelah diselidiki, rupa-rupanya gadis yang menceritakan berkenaan teman lelakinya itu datang dari keluarga yang kurang didikan agama dan dibiarkan bertebaran sendiri tanpa perhatian.
Saya prihatin dengan gadis ini. Mereka sangat memerlukan perhatian dan belaian yang secukupnya. Lantaran jatuh ke tangan orang yang salah, maka layanan pula menjadi salah.
“Benarlah, cinta itu kuasa yang padanya menatijahkan hanya 2 perkara sahaja, samada mendekatkan diri kepada Tuhan atau menjauhkan diri dari Tuhan.”
Silap mendefiniskan cinta ini juga berlaku, apabila keduanya di sekalikan tanpa piawaian yang benar. Sebagai contoh, tersebarnya gambar-gambar remaja yang belum berkahwin dan saling berpelukan namun captionnya jelas tertulis “Berbahagia hingga Jannah”.
Inilah yang melemaskan para gadis dan para pemuda. Cinta sebegini tambah menjeratkan apabila nafsunya bukan sekadar sms berantai, telefon sepanjang malam namun menjadi hamba kepada seks. Katanya itulah cara membuktikan suka dan cinta.
Akhirnya cinta murah sebegini bukan sahaja meruntuhkan maruah, bahkan runtuhnya jati diri dan prinsip yang harus dipegang oleh setiap remaja muslim.
Justeru, pendidikan cinta yang betul dan tepat yang fungsinya membawa kepada keredhaan Allah tidak berkembang biak dengan baik.

Sukarnya Mendapatkan Cinta Yang Benar

Saya mengerti keadaan dilema sebahagian gadis yang ingin berubah ke jalan yang lebih baik. Berusaha semampunya meninggalkan apa yang dilarang Allah dan memeluk ke dalam jiwa apa yang disukai Allah. Ya, usaha ini pasti mengambil masa.
Samada sekejap atau lama.Justeru gadisku, mari ambil masa bersuara dengan hati, pandangan Allah atau pandangan manusia yang kita pilih? Jika kita memilih Allah, pasti cinta kita juga adalah jalan cinta yang disukai Allah.
Memilih Allah adalah pilihan yang ternyata adalah pilihan yang tepat kerana Allah akan balas dengan cinta yang sangat berharga. Cinta yang tidak tercemar dan buta dengan godaan nafsu semata.
Bukankah cinta itu adalah rezeki? Dan rezeki tidak akan didapati melainkan dicari?

Cinta Yang Benar Itu Sentiasa Ada

Ya gadisku. Aku mendengar seluruh kecamuk dalam hatimu!
Sukarnya berubah ya Allah!
Bantu aku ya Allah!

Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tersirat di hati hamba-Nya.
Para gadis yang disayangi kerana Allah, selagi nyawa belum di hujung helaan dan mati belum tiba, selagi itu kita masih ada ruang masa untuk berubah.
Untuk mendapatkan cinta teragung dan mengenalkan diri dengan cinta yang membawa konsep kebahagiian, tidak dapat tidak, usaha kita mesti tinggi.
Kerana cinta yang dikejar bukan cinta berpangkat rendah tetapi cinta berpangkat agung. Jadi mulai sekarang juga, kita mesti meletakkan prinsip pada diri.
Aku mahu jadi gadis yang bagaimana?
Bagaimana diriku dan cinta yang ku ingini?
Bukankah seseorang itu menarik orang dan jodoh yang menyerupai dirinya?
Bukankah hanya yang benar-benar mencintai Allah dapat menarik orang yang turut mencintai Allah?
Oleh itu gadisku, marilah berjuang. Kita teguhkan hati dan teguhkan prinsip. Kita padamkan api neraka dengan cinta agung yang kita pilih.
Moga terbayarnya segala pengorbanan dan jejak yang dicurahkan dengan sesuatu yang lebih baik dengan pautan kasih-sayang-Nya.

 

3 HUKUM BERCINTA SELEPAS KAHWIN

3 Hikmah Bercinta Selepas Kahwin

 

 

Kahwin. Satu proses penyatuan dua hati dengan melalui beberapa proses yang bersistematik. Menurut pandangan Islam, ‘nikah’ adalah akad yang menghalalkan di antara lelaki dan...
Remaja · Ahmad Justin · December 8, 2014
Kahwin. Satu proses penyatuan dua hati dengan melalui beberapa proses yang bersistematik. Menurut pandangan Islam, ‘nikah’ adalah akad yang menghalalkan di antara lelaki dan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap daripada mereka hak dan tanggungjawab.
Pada zaman yang serba moden lagi canggih ini, kebanyakkan mereka yang ingin berkahwin memilih untuk bercinta dengan pasangan mereka sebelum mereka mengikat hubungan mereka dengan ikatan nikah. Tidak ramai yang mahu bercinta selepas bernikah.
Kita dimomokkan dengan andaian-andaian buruk seperti ‘boleh hadirkah perasaan cinta tersebut?’ dan ‘bagaimana pula jika perasaan tersebut tidak hadir selepas nikah?’

Hikmah #1 – Tiada Rasa Bersalah

‘Cinta’ itu sendiri adalah abstrak. ‘Cinta’ boleh ditafsirkan sebagai cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada negara dan sebagainya. Sebagai seorang muslim dan muslimah, kita semua pasti tahu bahawa hubungan cinta antara sepasang kekasih tanpa ikatan sah adalah dilarang sama sekali jika melibatkan sentuhan fizikal.
Islam menekankan bahawa haram bagi seseorang lelaki menyentuh seorang perempuan yang bukan mahramnya. Larangan ini sangat keras sehinggakan baginda Muhammad s.a.w menegaskan bahawa
“Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.” Maksud hadith, dari riwayat Thabrani
Dengan bercinta selepas bernikah, pasangan tersebut boleh mengenali antara satu sama lain tanpa terhalang oleh batas-batas yang ketat. Perkara ini sama sekali tidak akan dapat dirasai oleh mereka yang bercinta sebelum berkahwin.

Hikmah #2 – Senang Menzahirkan Rasa Cinta

Ini adalah sesuatu perkara yang amat sukar untuk dipercayai melainkan kita sendiri melaluinya. Setiap pasangan akan melalui saat di mana cinta mereka diuji. Bagi mereka yang belum bernikah, ujian tersebut akan menyebabkan mereka tidak tenteram dari perasaan negatif. Masih adakah cinta? Adakah dia setia? Mana buktinya?
Masalah-masalah sebegini dapat diatasi oleh mereka yang bercinta sebelum berkahwin dengan mudah kerana tiada batasan untuk mereka menzahirkan rasa cinta mereka. Tidak ada halangan untuk mereka saling menzahirkan rasa cinta melalui kata-kata ataupun sentuhan.
Berbeza pula dengan mereka yang bercinta tanpa ada ikatan yang sah, hubungan antara mereka berdua dibatasi oleh syarak dan menyukarkan kedua-dua pihak dalam menyelesaikan pertengkaran yang ada.

Hikmah #3 – Proses Berkenalan Tanpa Batasan

Sesiapa yang pernah bercinta pasti akan mengakui bahawa transaksi daripada proses ‘berkenalan’ kepada ‘percintaan’ merupakan satu fasa yang sangat indah sekali. Banyak bait-bait lagu dan puisi-puisi yang mengungkapkan betapa manisnya fasa ini.
Bayangkan anda berada di fasa ini, tetapi tiada batasan yang menyekat pergaulan anda dan kekasih anda. Mahu berjumpa? Terus sahaja jumpa, tidak perlu bersusah-payah.
Cinta kahwin
Setelah mempunyai ikatan sah, banyak perkara diberi ganjaran pahala. [Panoramio]
Mahu memeluk kekasih anda? Peluk sahaja, tiada dosa di atas anda, malah diberi ganjaran pahala! Inilah satu hikmah yang besar jika kita bercinta selepas berkahwin; ianya khusus untuk mereka yang memilih jalan ini.
Apakah ada lagi fasa yang lebih indah di dalam percintaan kita selain dari fasa pertukaran dari berkenalan ke percintaan?

Konklusi

Bercinta selepas berkahwin merupakan sesuatu perkara yang sangat indah lagi seronok. Penulis sendiri adalah salah seorang yang dipilih oleh Allah s.w.t untuk bercinta selepas berkahwin.
Pengalaman tersebut adalah satu pengalaman indah yang tidak mungkin dapat dikongsikan 100% melalui penulisan. Namun begitu, ini bukanlah berpendapat bahawa bercinta sebelum berkahwin itu salah.
Tiada masalah jika mana-mana pihak mahu bercinta sebelum berkahwin asalkan mengikut batas syarak yang dibenarkan dan kedua-dua pihak yang terlibat mempunya matlamat yang jelas; bernikah.
Yakinlah, bahawa perasaan cinta itu milik Allah dan Dia berkuasa untuk meniup rasa cinta itu ke dalam hati kita selepas bernikah. Cinta selepas nikah itu indah; semoga percintaan kita semua diberkati Allah sebagaimana Dia memberkati percintaan di antara para Rasul-Nya dan isteri-isteri mereka.

Wednesday 22 July 2015

Pertikan Ayat Islamic

Assalamualaikum. Hamba Allah, Umat Rasulullah, Saudara Islam, apa khabar iman mu? Cukupkah solatmu? Berzikirkah hatimu?  =')

Alhamdulillah jika semua perkara di atas sudah kita lakukannya. Jika belum, tak mengapa Allah masih beri peluang kepada kita hingga ke hari ini. Sesungguhnya Allah menyanyangi kita. Bukti? Hari ini kita masih bernafas dan dapat guna segala nikmat Allah di muka bumi ini dengan baik sekali. kan.

okay, hari ini eka berbesar hati nak kongsikan kepada kawan-kawan semua
ayat Islamic yang sangat berguna buat kita. ayat-ayat ini eka dapati daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai di mana mereka semua amatlah hebat-hebat belaka orangnya.semoga dakwah mereka diberkati oleh Allah Taala. insyaAllah.

kepada rakan-rakan yang ingin copy and share dipersilakan. Semoga dengan satu click anda menyebarkannya, anda akan dapat ganjarannya daripada Allah Taala. insyaAllah.

  1. Seorang lelaki yang hebat bukan yang mampu membawa wanita ke Bulan, tapi yang mampu membimbing zaujahnya hingga ke Pintu Syurga. Aamiin :')
  2. Saya akui awak cantik sangat, tapi setelah awak menutup aurat dengan sempurna, setelah awak taati perintah Allah :')
  3. Jadi lelaki yang rajin pergi ke Masjid, bukan lelaki yang lepak kaki lima usha awek sana sini. Tapi jangan pi senyum kat tabung masjid.
  4. Andai mati menjemput, biarlah mati dlm keadaan yang Islam, beriman dan dijauhi dari dosa. Semoga kalimah LailahailaAllah tersemat dlm jiwa.
  5. Sayang Allah? Ikut PerintahNya. Sayang Rasul? Amal Sunnahnya. Sayang Ibu? Elak Derhaka. Sayang Ayah? Jauhi Murka. Sayang Saya? Berdoa padaNya
  6. Allah bagi anggota badan lengkap, kesihatan sempurna tapi solat tak cukup 5 kali sehari. Apa nak jawab dengan Allah nanti?
  7. Terkadang, bukan kenangan buruk yang membuatkan dirimu merasa sedih, tapi kenangan indah yang kamu tahu, ianya tidak akan terulang kembali.
  8. Jangan sampai kita merasakan panasnya Jahannam. Tidak jemu lisan Rasulullah mengingatkan kita kan. Jaga solat, Jaga Syahwat, Jaga Aurat :')
  9. Kita lulus UPSR, kita lulus PMR, kita lulus SPM, kita lulus STPM, tapi adakah kita lulus SPM yang satu lagi? SOALAN PADANG MASYHAR :'(
  10.  Jika Allah yang mengizinkan untuk mencintaimu dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah.
  11. Aku anak, aku mahukan Syurga bersama kedua Ibu bapaku. Aku Islam, aku mahukan Syurga bersama semua saudara Islamku :)
  12. Dalam setahun, 12 bulan, 365 hari, 52 minggu, 8.760 jam, 525.600 minute , 31.536.000 saat, dan saat inilah kita sentiasa bersama Allah...
  13. Kalau terjaga tengah malam ni sebenarnya satu anugerah dari Allah. Dia kirimkan malaikat kejutkan kita supaya kita bangun beribadah padaNya.
  14. La Takhaf Wa La Tahzan Innallaha Ma'ana. Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita.
  15. Aku rela malu semasa menegur saudara Islamku daripada aku malu ditanya oleh Allah mengapa tidak menegur Saudara Islamku :

ikutilah mereka yang cintakan ilmu.










Monday 8 June 2015

BERHIJRAH KEPADA YANG LEBIH BAIK





siapakah wanita sholehah yang slalu di damba oleh setiap pria, dan bagaimana ciri-cirinya ??
baiklah akan saya ambilkan dari ayat al-qur'an dan tafsir nya tentang siapa dan bagaimana ciri-ciri wanita sholehah ;-)

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ

"Wanita (istri) shalihah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikarenakan Allah telah memelihara mereka." (An-Nisa: 34)
Dalam ayat yang mulia di atas disebutkan di antara sifat wanita shalihah adalah taat kepada Allah dan kepada suaminya dalam perkara yang ma'ruf lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.
"Tugas seorang istri adalah menunaikan ketaatan kepada Rabbnya dan taat kepada suaminya, karena itulah Allah berfirman: "Wanita shalihah adalah yang taat," yakni taat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, "Lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada." Yakni taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada (sedang bepergian, pen.), dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya." (Taisir Al-Karimir Rahman, hal.177)


Ada kisah Ketika Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menghadapi permasalahan dengan istri-istrinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah Subhanahu wa Ta'ala menyatakan kepada Rasul-Nya Shallallahu 'alaihi wa sallam:



عَسَى رَبُّهُ إِنْ طَلَّقَكُنَّ أَنْ يُبْدِلَهُ أَزْوَاجًا خَيْرًا مِنْكُنَّ مُسْلِمَاتٍ مُؤْمِنَاتٍ قَانِتَاتٍ تآئِبَاتٍ عَابِدَاتٍ سآئِحَاتٍ ثَيِّبَاتٍ وَأَبْكَارًا



"Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan istri-istri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat, taibat, 'abidat, saihat dari kalangan janda ataupun gadis." (At-Tahrim: 5)


a. Muslimat: wanita-wanita yang ikhlas (kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala), tunduk kepada perintah Allah ta'ala dan perintah Rasul-Nya.

b. Mukminat: wanita-wanita yang membenarkan perintah dan larangan Allah Subhanahu wa Ta'ala
c. Qanitat: wanita-wanita yang taat
d. Taibat: wanita-wanita yang selalu bertaubat dari dosa-dosa mereka, selalu kembali kepada perintah (perkara yang ditetapkan) Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam walaupun harus meninggalkan apa yang disenangi oleh hawa nafsu mereka.
e. 'Abidat: wanita-wanita yang banyak melakukan ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala (dengan mentauhidkannya karena semua yang dimaksud dengan ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam Al-Qur'an adalah tauhid, kata Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma).
f. Shoimat: wanita-wanita yang berpuasa. (Al-Jami' li Ahkamil Qur'an, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132)


Istri-istri sholehah bisa kita rinci dengan lainnya yang Akan Q ambil keterangan-keterangannya dari hadis,
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menyatakan:


إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا، قِيْلَ لَهَا: ادْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ



"Apabila seorang wanita shalat lima waktu, puasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam surga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR. Ahmad 1/191)



1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :



أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِنِسَائِكُمْ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ؟ اَلْوَدُوْدُ الْوَلُوْدُ الْعَؤُوْدُ عَلَى زَوْجِهَا، الَّتِى إِذَا غَضِبَ جَاءَتْ حَتَّى تَضَعَ يَدَهَا فِي يَدِ زَوْجِهَا، وَتَقُوْلُ: لاَ أَذُوقُ غَضْمًا حَتَّى تَرْضَى



"Maukah aku beritahukan kepada kalian, istri-istri kalian yang menjadi penghuni surga yaitu istri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau ridha." (HR. An-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257.)

2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian, dan yang semacamnya.

3. Menjaga rahasia-rahasia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya. Asma' bintu Yazid radhiallahu 'anha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam bertanya: "Barangkali ada seorang suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan istrinya (saat berhubungan intim), dan barangkali ada seorang istri yang mengabarkan apa yang diperbuatnya bersama suaminya?" Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para istri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)." Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:


فَلاَ تَفْعَلُوا، فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِثْلُ الشَّيْطَانِ لَقِيَ شَيْطَانَةً فِي طَرِيْقٍ فَغَشِيَهَا وَالنَّاسُ يَنْظُرُوْنَ



"Jangan lagi kalian lakukan, karena yang demikian itu seperti syaithan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya." (HR. Ahmad 6/456,) 

4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

أَلاَ أُخْبِرَكَ بِخَيْرِ مَا يَكْنِزُ الْمَرْءُ، اَلْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ، إِذَا نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهَ وَإِذَا أَمَرَهَا أَطَاعَتْهَ وَإِذَا غَابَ عَنْهَا حَفِظَتْهَ
"Maukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, yaitu istri shalihah yang bila dipandang akan menyenangkannya, bila diperintah akan mentaatinya dan bila ia pergi si istri ini akan menjaga dirinya". (HR. Abu Dawud no. 1417.)
5. Ketika suaminya sedang berada di rumah (tidak bepergian/ safar), ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta' (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
لاَ يَحِلُّ لِلْمَرْأَةِ أَنْ تَصُومَ وَزَوْجُهَا شَاهِدٌ إِلاَّ بِإِذْنِهِ
"Tidak halal bagi seorang istri berpuasa (sunnah) sementara suaminya ada (tidak sedang bepergian) kecuali dengan izinnya". (HR. Al-Bukhari no. 5195 dan Muslim no. 1026)
6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya, karena Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda: "Diperlihatkan neraka kepadaku, ternyata aku dapati kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita yang kufur." Ada yang bertanya kepada beliau: "Apakah mereka kufur kepada Allah?" Beliau menjawab: "Mereka mengkufuri suami dan mengkufuri (tidak mensyukuri) kebaikannya. Seandainya salah seorang dari kalian berbuat baik kepada seorang di antara mereka (istri) setahun penuh, kemudian dia melihat darimu sesuatu (yang tidak berkenan baginya) niscaya dia berkata: "Aku tidak pernah melihat darimu kebaikan sama sekali." (HR. Al-Bukhari no. 29 dan Muslim no. 907)
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam juga pernah bersabda:
لاَ يَنْظُرُ اللهُ إِلَى امْرَأَةٍ لاَ تَشْكُرُ لِزَوْجِهَا وَهِيَ لاَ تَسْتَغْنِي عَنْهُ
"Allah tidak akan melihat kepada seorang istri yang tidak bersyukur kepada suaminya padahal dia membutuhkannya." (HR. An-Nasai dalam Isyratun Nisa.)

Istri-istri sholehah bisa kita rinci dengan lainnya yang Akan Q ambil keterangan-keterangannya dari hadis,
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menyatakan:


إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا، قِيْلَ لَهَا: ادْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ



"Apabila seorang wanita shalat lima waktu, puasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam surga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR. Ahmad 1/191)



1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :



أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِنِسَائِكُمْ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ؟ اَلْوَدُوْدُ الْوَلُوْدُ الْعَؤُوْدُ عَلَى زَوْجِهَا، الَّتِى إِذَا غَضِبَ جَاءَتْ حَتَّى تَضَعَ يَدَهَا فِي يَدِ زَوْجِهَا، وَتَقُوْلُ: لاَ أَذُوقُ غَضْمًا حَتَّى تَرْضَى



"Maukah aku beritahukan kepada kalian, istri-istri kalian yang menjadi penghuni surga yaitu istri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau ridha." (HR. An-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257.)

2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian, dan yang semacamnya.

3. Menjaga rahasia-rahasia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya. Asma' bintu Yazid radhiallahu 'anha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam bertanya: "Barangkali ada seorang suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan istrinya (saat berhubungan intim), dan barangkali ada seorang istri yang mengabarkan apa yang diperbuatnya bersama suaminya?" Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para istri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)." Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:


فَلاَ تَفْعَلُوا، فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِثْلُ الشَّيْطَانِ لَقِيَ شَيْطَانَةً فِي طَرِيْقٍ فَغَشِيَهَا وَالنَّاسُ يَنْظُرُوْنَ



"Jangan lagi kalian lakukan, karena yang demikian itu seperti syaithan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya." (HR. Ahmad 6/456,) 

4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

أَلاَ أُخْبِرَكَ بِخَيْرِ مَا يَكْنِزُ الْمَرْءُ، اَلْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ، إِذَا نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهَ وَإِذَا أَمَرَهَا أَطَاعَتْهَ وَإِذَا غَابَ عَنْهَا حَفِظَتْهَ
"Maukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, yaitu istri shalihah yang bila dipandang akan menyenangkannya, bila diperintah akan mentaatinya dan bila ia pergi si istri ini akan menjaga dirinya". (HR. Abu Dawud no. 1417.)
5. Ketika suaminya sedang berada di rumah (tidak bepergian/ safar), ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta' (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
لاَ يَحِلُّ لِلْمَرْأَةِ أَنْ تَصُومَ وَزَوْجُهَا شَاهِدٌ إِلاَّ بِإِذْنِهِ
"Tidak halal bagi seorang istri berpuasa (sunnah) sementara suaminya ada (tidak sedang bepergian) kecuali dengan izinnya". (HR. Al-Bukhari no. 5195 dan Muslim no. 1026)
6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya, karena Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda: "Diperlihatkan neraka kepadaku, ternyata aku dapati kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita yang kufur." Ada yang bertanya kepada beliau: "Apakah mereka kufur kepada Allah?" Beliau menjawab: "Mereka mengkufuri suami dan mengkufuri (tidak mensyukuri) kebaikannya. Seandainya salah seorang dari kalian berbuat baik kepada seorang di antara mereka (istri) setahun penuh, kemudian dia melihat darimu sesuatu (yang tidak berkenan baginya) niscaya dia berkata: "Aku tidak pernah melihat darimu kebaikan sama sekali." (HR. Al-Bukhari no. 29 dan Muslim no. 907)
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam juga pernah bersabda:
لاَ يَنْظُرُ اللهُ إِلَى امْرَأَةٍ لاَ تَشْكُرُ لِزَوْجِهَا وَهِيَ لاَ تَسْتَغْنِي عَنْهُ
"Allah tidak akan melihat kepada seorang istri yang tidak bersyukur kepada suaminya padahal dia membutuhkannya." (HR. An-Nasai dalam Isyratun Nisa.)