Friday 25 July 2014

C360_2014-03-03-15-03-14-407-1_zpsa8531f61

C360_2014-03-03-15-03-14-407-1_zpsa8531f61

20 Fakta Menarik Tentang Islam


Berikut adalah beberapa fakta menarik
tentang Islam yang saya petik dari
beberapa senarai di intenet.

1. Tahukah Anda? Ternyata Nama yang
Paling Banyak Diguna di Dunia adalah
“Muhammad” disusuli dengan nama
“Jack”
2. Albania merupakan negara satu-
satunya di benua Eropah yang 90%
penduduknya beragama Islam
3. Perkataan-perkataan berikut ini adalah
berasal dari bahasa Arab : Algebra, Zero,
Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony,
bahkan `Alcohol’ juga berasal dari
bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai
erti “bubuk” yang kemudiannya diserap
ke dalam bahasa Inggeris.
4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an
menggambarkan pentingnya persamaan
hak antara lelaki dan wanita (secara
perhitungan matematik). Kata “Lelaki”
dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-
sama berjumlah 24
5. Islam merupakan agama yang
pertumbuhannya paling cepat di dunia
menurut banyak sumber, dijangkakan
akan menjadi agama nomor 1 di dunia
pada tahun 2030
6. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan,
maka versi arab dari Al-Qur’an akan
segera direcover oleh jutaan muslim,
yang disebut “Huffaz” yang telah
menghafalkan kata-kata di dalam Al-
Qur’an dari mulai awal sampai dengan
akhir ayat.
7. Pemeluk Islam bertambah 2,9% per
tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat
dibandingkan dengan pertumbuhan
jumlah penduduk bumi sendiri yang
hanya 2,3% per tahun.
8. Berdasarkan data dari Kementerian
Pertahanan Amerika Syarikat.
Dianggarkan seramai 15,000 orang
yang beragama Islam berkhidmat dalam
US Militari ( Stats 1997).
9. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini
ada di AS dan 20.000 orang AS masuk
Islam setiap tahun setelah peristiwa
9/11
10. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin
dicuri 2 kali, namun kedua2nya gagal
dan salah satu yang mencuri
dihilangkan oleh Allah dari bumi
11. Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci
yang boleh dihafal jutaan manusia
(Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga
keaslian/kesuciannya selalu terjaga.
12. Jika agama lain mempunyai lebih dari 4
versi kitab suci yang berbeda satu
dengan lainnya, maka Al Qur’an hanya
ada satu dan tak ada pertentangan di
dalamnya.
13. Para astronaut telah menemukan
bahawa planet Bumi itu mengeluarkan
semacam radiasi yang berpusat di kota
Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah.
Yang mengejutkan adalah radiasi
tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir),
radiasi tersebut menembus planet mars
dan masih berlanjutan. Peneliti
mempercayai bahawa radiasi ini
memiliki karakteristik dan
menghubungkan antara Ka’Bah di di
planet Bumi dengan Ka’bah di alam
akhirat.
14. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad
sebelum wafat adalah “Ummatii …
ummatii …ummatii” yang
mengungkapkan betapa besar cinta
Baginda kepada umatnya.
15. Solat yang pertama dilakukan oleh
Rasulallah Saw menghadap Masjidil
Haram adalah solat Asar bersama para
sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke
Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.
16. Sebanyak 23 kali perang semasa
Rasulullah memimpin, hanya sekali
kekalahan yang di derita kaum muslimin,
yakni, perang uhud.
17. Musa A.S adalah nama yang paling
sering disebut dalam Al-Qur’an,
sedangkan Maryam adalah satu2nya
nama perempuan yang disebut dalam
Al-Qur’an.
18. Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-
Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal
kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah
sengaja memanggil mereka lebih awal
agar kaum muslimin tidak mengangkat
mereka menjadi rasul yang baru.
19. Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga,
warnanya lebih putih daripada susu,
dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang
menjadikannya hitam.
20. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn
Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi
dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar
Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu
Batutah (antropologi) adalah contoh
dari ratusan cendikiawan muslim yang
menjadi rujukan dalam ilmu
pengetahuan moden.

Kisah Dajjal Laknattullah


Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan dajal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajal.
Dajjal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajal adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.
Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajal menjadi salah faham. Antaranya: Siapa dajjal? Di mana tempat tinggalnya? Siapa keturunannya? Bila dia dilahirkan? Bagaimana rupa fizikalnya? Bila dia akan muncul? Dan bagaimana untuk mengelakkannya?
Memang benar dajjal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajjal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajjal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.
Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajjal.
Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, “Sesungguhnya dajjal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rusak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rusak matanya.
Dari situ sudah jelas bahawa dajjal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajjal yang matanya rusak dan pembohong.
Tambahnya lagi, dajjal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar al-Masihi ad-dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati.
“Tertulis di dahinya perkataan, ‘Kaf-Fa-Ra’ (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca.
“Yang pastinya dajjal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia,” jelas Fadlan.
Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, “Dajjal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka.”
KEISTIMEWAAN DAJJAL
Allah memberikan dajjal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajjal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya:
Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.
Kedua, dajjal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajjal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.
Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, “Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?”
Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”
Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah.
Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajjal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajjal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajjal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajjal. Kemudian dajjal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajjal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajjal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.
BILA DAJAL DILAHIRKAN
Menurut Fadlan, dajjal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai al-Masihi ad-dajal.
Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog anataraTamim dan al-Jassasah.
Al-Jassasah: Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.
Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.
Tamim: Siapakah kamu?
Dajjal: Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu?
Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.
Tamim: Kami adalah orang Arab, kami sesat.
Dajjal: Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah?
Tamim: Ya.
Dajjal: sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya?
Tamim: Airnya banyak lagi.
Dajjal: Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.
Tamim: Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.
Dajjal: Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya?
Tamim: Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.
Dajjal: Betulkah itu? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah al-Masihi ad-dajjal sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.
DAJJAL TINGGAL DI MANA?
Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya,: “Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur).” – Riwayat Muslim.
Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan.” Riwayat al-Tarmizi.
Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w.,: “Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan.” – Riwayat Imam Ahmad.
Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajjal.
“Menerusi penyelidikan yang saya lakukan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.
Adakah itu bermakna dajjal sudah semakin hampir tempoh pembebasannya. Jika benar apakah persediaan kita untuk menghadapinya?
Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.
Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal.”
Katanya, dajal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, “Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajal dan tenteranya. Bila dajal lihat Nabi Isa, dajal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya.”

Ada dimanakah Dajjal si mata picek (Masihud Dajjal)


Setelah kemunculan Imam Mahdi, maka semua kebatilan dan kedzaliman diperangi oleh Imam Mahdi. Kemenangan demi kemenangan yang gilang gemilang diraih Imam Mahdi dari satu pertempuran ke pertempuran berikutnya. Hal ini membangkitkan kemarahan raja kedzaliman dunia (Dajjal) maka ia akan keluar secara terang-terangan memerangi Imam Mahdi. Bagaimanakah sosok Masihud Dajjal (Dajjal bermata satu/picek), berikut uraiannnya dari berbagai sumber.



Ada dimanakah Dajjal ?
Berikut keterangan hadist yang menceritakan keberadaan Dajjal, dari keterangan sahabat Tamin ad Dari yang pernah bertemu Dajjal dan menceritakannya kepad Nabi Muhammad saw.
(Tamin ad-Dari kemudian masuk islam setelah menceritakan hal ini)

Sumber : http://tawakkaltu.blogspot.com/2007/09/sedikit-peristiwa-tentang-tamin-ad-dari.html

Telah disampaikan kepada kami Ibn Buraidah dari Amir bin Syurahbil asy-Sya'bi, kabilah Hamdan bahwa dia pernah bertanya kepada Fathimah binti Qais, saudara perempuan adh-Dhahhak bin Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama.
Amir berkata 'Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Rasulullah saw yang tidak engkau sandarkan kepada siapa pun selain beliau."

Fathimah berkata 'Jika engkau mau niscaya aku lakukan."

Amir berkata Tentu, sampaikanlah kepadaku."

Fathimah berkata,"Aku menikahi Ibn al-Mughirah. Dia termasuk pemuda plihan kaum Quraisy ketika itu. Lalu dia terkena musibah pada permulaan jihad bersama Rasulullah saw.

Ketika aku telah menjadi janda, aku dilamar oleh Abdur Rahman bin 'Awf untuk salah seorang sahabat Rasulullah saw. Sementara itu, Rasulullah melamarku untuk mawlanya, Usamah bin Zaid. Aku pernah diberitahu bahawa Rasulullah saw bersabda 'Barangsiapa mencintaiku, maka hendaklah dia mencintai Usamah. Maka ketika Rasulullah saw bercakap kepadaku, aku berkata Urusanku ada di tangan Anda. Nikahkanlah aku kepada siapa saja yang Anda suka.'lalu Rasulullah sawbersabda. 'Pindahlah kamu ke Ummu Syarik. 'Ummu Syarik adalah perempuan kaya dari kalangan Anshar yang telah banyak memberikan sumbangan di jalan Allah dan disinggahi banyak tamu.Aku berkata, Aku akan melakukannya. Maka beliau bersabda.'Jangan engkau lakukan. Sesungguhnya Ummu Syarik adalah seorang wanita yang banyak tamunya. Aku tidak suka kain tudungmu jatuh atau baju tersingkap dari kedua betismu sehingga kaum itu akan melihat auratmu. Tetapi, pindahlah ke putra pamanmu, 'Abdullah bin Amr bin Ummi Maktum, seorang lelaki dari Ban! Fihr', Fathimah pun pindah kepadanya.

Ketika masa iddahku berakhir, aku mendengar seruan seorang sahabat Rasulullah saw.'Marilah shalat berjamaah"Maka aku pergi ke masjid dan shalat bersama Rasulullah saw. pada barisan wanita yang berada tempat di belakang kaum itu.

Setelah selesai shalat, Rasulullah saw, duduk di mimbar.

Sambil tersenyum beliau bersabda.'Hendaklah setiap orang tinggal di tempat shalatnya.'
Selanjutnya beliau bersabda,'Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu? 

Mereka menjawab 'Hanya Allah dan Rasul Nya yang lebih mengetahui.'

Beliau bersabda,'Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu adalah karena Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai'at masuk Islam.

Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Dia menceritakankepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu semua tentang Dajjal. Dia menceritakan kepadaku bahwa dia mengemudi sebuah perahu bersama 30 orang dari Lakhm dan Judzam (wilayah Yaman).

Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lalu mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk-duduk di pantai dekat perahu.

Lalu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi seekor binatang yang banyak bulunya yang mereka tidak dapat membedakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya.
Mereka berkata, "Celaka kau, apakah kamu ini?"

Binatang itu menjawab. 'Aku adalah mata-mata.'
Mereka bertanya, 'Mata-mata apa?"

Dia menjawab, "Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kerana dia merindukan berita dari kamu'

Tamim ad-Dari berkata, 'Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin dia adalah syaitan perempuan.

Selanjutnya dia berkata, Lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua.

Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi di antara hingga kedua mata kakinya.

Kami katakan 'Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini?'

Dia menjawab,"kamu telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini?

Mereka menjawab,"Kami adalah manusia dari Arab. Kami menaiki perahu lalu dihentam gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan. Kemudian kami berlabuh di pulaumu ini. Kami didatangi seekor binatang yang berbulu lebat sehingga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya.
Kami bertanya 'Celaka kamu, binatang apa kamu ini?""Saya adalah mata-mata." "Mata-mata apa?" "Pergilah kepada orang yang berada di gua ini kerana dia sangat merindukan berita dari kamu."
Maka kami pun segera mendapatkan kamu. Kami takut pada binatang itu dan kami tidak tenang jangan-jangan ia adalah syaitan betina.

Orang itu berkata 'Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!"
(Baisan adalah negeri yang terkenal sejak dahulu kala. Negeri ini berada dekat Syam lama dan merupakan salah satu kota di Palestina.)' 

Apanya yang hendak kamu tanyakan?"

Aku bertanya kepada kamu, "apakah kurmanya masih berbuah?" 

"Ya"

"Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak akan berbuah." 

Lalu dia berkata lagi. "Beritahukan kepadaku tentang Danau Thabariyyah!" 

catatatn .(Danau Thabariyyah/Tiberias adalah danau besar. Panjangnya adalah sepuluh batu dan lebarnya enam batu. Danau itu dalam dan dapat dilayari kapal. Tetapi airnya semakin berkurangan. Ikannya ditangkap dan airnya manis tawar. Jarak antara danau Thabariyyah dengan Baital-Muqaddis lebih kurang 100 batu, Letak danau Tiberias sebelah Utara Tepi Barat/West Bank Palestina berbatasan dengan Libanon) 

Apanya yang engkau akan tanyakan?"

"Apakah danau itu masih berair?"

"Ya Danau itu masih banyak airnya."

"Sesungguhnya air danau itu hampir habis," 

Dia berkata, Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!" 
(Mata air Zughar adalah nama seorang perempuan yang dinisbatkan pada mata air ini.)

"Mengenai apanya yang akan engkau tanyakan?"


"Apakah mata air itu masih memancarkan air?

Dan apakah penduduknya masih bercocok tanam dari mata air itu?" 


"Ya mata air itu masih memancarkan banyak air dan penduduknya bercocok tanam dari air tersebut."

"Terangkan kepadaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang buta huruf, apa yang dilakukannya?"

"Dia telah keluar dari Mekah menuju Yatsrib,"

"Apakah orang-orang Arab memeranginya?"

"Ya"

"Bagaimana caranya dia memperlakukan mereka?" 

"Dia telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya."

"Apakah demikian?" 

"Ya"

"Lebih baik bagi mereka untuk mengikutnya. 
Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku.
Aku ini adalah al-Masih.
Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar.
Lalu aku akan berjalan di muka bumi.
Aku tidak melalui sesuatu kampung melainkan aku tinggali selama 40 malam kecuali kota Mekah dan Thaibah (Madinah).
Kedua kota itu diharamkan atasku. Setiap aku akan memasuki salah satu kota itu, aku dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalku. Di setiap celah kedua kota itu dijaga oleh para malaikat.



"Fathimah berkata, "Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar, Rasulullah saw bersabda. 'lni adalah Thaibah, yakni kota Madinah.
Ingatlah, apakah hal itu telah aku sampaikan kepada kamu?"


Orang -orang menjawab 'Benar."

Nabi Muhammad saw bersabda,"Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Mekah dan Madinah.
Ketahuilah sesungguhnya Dajjal itu berada di laut Syam atau di laut Yaman, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur."

Baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah timur.'

Selanjutnya Fathimah berkata 'Maka aku menghafalkan hadis ini dari Rasulullah."

Kemudian Tamim ad-Dari pergi bersama kawan-kawannya dan tidak kembali lagi ke pulau itu. Kalaupun mereka berfikir untuk kembali ke pulau itu, mereka tidak akan dapat sampai ke pulau itu, walaupun mereka mempunyai pengalaman berlayar.

Sebab setelah peristiwa ini, pulau tersebut menjadi jauh untuk sampai ke situ.Ombak-ombaknya digerakkan dengan kekuasaan Allah swt. Seakan-akan ombak itu sendiri adalah perahu yang bergerak di lautan. Allah menetapkan bahawa tidak ada seorang pun yang datang ke pulau itu setelah Dajjal ada di dalamnya.

Nota:Dajjal di rantai dan di kawal ketat oleh binatang berbulu di sebuah pulau ketika kelahiran nabi Muhamad S.A.W... Kemudian dia dilepaskan setelah Nabi Muhamamad wafat...

Aurat Wanita




Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Taala :

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31)

Yang dimaksudkan (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "Janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan". [Lihat Abu Bakar Al Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316]. Selanjutnya, kalimah (kecuali yang - biasa - nampak darinya), ini bermaksud ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah.

Ibnu Jarir At Thobari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami' Al Bayan fi Tafsir Al Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang dimaksudkan “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al Qurtubi dalam kitab tafsirnya Al Jami' li Ahkam Al Qur’an, Juz XII hal. 229. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi S.A.W sedangkan Baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Quran.

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar (maksudnya), “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya” - HR Abi Dawud

Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum / Public Life)

Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu :
  • libaas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan; 
  • libaas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).
Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah :

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al Ahzab:59)

Oleh sebab Al Quran berbahasa Arab, dan perkataan “jilbab” itu adalah perkataan Arab, maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan “jilbab” di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap orang.

Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak kamus Arab untuk mengetahui makna “jilbab”. Dalam kitab Al Mu’jam Al Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai "ats tsaubul musytamil ala al jasadi kullihi"(pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau "ma fauqa ats tsiyab kal milhafah" (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau "al mula’ah asy tamilu biha al mar’ah" (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita).

Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/ mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar lalu dilebarkan sehingga ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/ diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja bahan/ kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada.

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/ tudung) adalah Firman Allah (bermaksud), “Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” (An Nur:31)

Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan 'am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan.

Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti. 

Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus / private life)

Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah keadaan di mana seseorang wanita itu menjalani kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota keluarganya yang lain. Adapun cara seorang Muslimah menutupi auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan khusus seperti di rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syara' tidak menentukan bentuk/ fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya yang berbunyi, “wa laa yubdiina” (“dan janganlah mereka menampakkan”) [rujuk Surah An Nur:31]

Atau sabda Nabi, “lam yashluh an yura minha” (“tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya”) - HR Abi Dawud

Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Tetapi ia adalah tertakluk kepada hukum tabarruj (sila lihat perbincangan di bawah).

Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar'ie, tanpa melihat lagi bentuk, jenis, atau fesyennya. Namun demikian syara' telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak demikian, maka tidak dikatakan menutup aurat. Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/ transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya.

Larangan Bertabarruj

Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An Nur:60 iaitu Firman Allah :

“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan (tabarruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (An Nur:60)

Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah :

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).” (Al Ahzab:33)

Dan Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At Termizi menjelaskan, “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya”.

Abul A’la al Maududi berkata; “Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna :
  • Wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);
  • Wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir / musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari].
Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian.

Usrati Jannati



Seperti apakah bentuk keluarga kita? Maklum, ada yang mengatakan rumahku surgaku. Tapi, tak sedikit mengatakan rumah gue kayak neraka. Atau, hambar saja. Tak ada rasa bahwa kita punya keluarga.
Apa pun bentuk keluarga kita itu adalah hasil dari perpaduan tiga faktor pembentuknya. Ketiga faktor itu adalah paradigma yang kita miliki tentang keluarga, kompetensi seluruh anggota keluarga kita dalam membangun keluarga, dan macam apa aktivitas yang ada dalam keluarga kita.
Kalau dalam paradigma kita bahwa keluarga bahagia adalah yang bergelimangan harta, maka motivasi kita dalam berkeluarga adalah mengkapitasisasi kekayaan. Maka, kita akan mencari istri atau suami anak tunggal dari calon mertua yang kaya. Pusat perhatian kita dalam berkeluarga adalah menambah kekayaan.
Bagi paradigma berkeluarga seorang muslim berasal dari motivasi bahwa berkeluarga adalah untuk beribadah kepada Allah, menjaga kesucian diri, dan merealisasikan amal bahwa berkeluarga adalah bagian dari sebuah gerakan menegakkan hukum-hukum Allah di muka bumi. Sehingga, pusat perhatiannya dalam berkeluarga adalah meningkatkan kualitas ruhiyah, fikriyah, nafsiyah (emosi kejiwaan), jasadiyah, dan sosialisasi setiap anggota keluarganya.
Karena itu, membangun keluarga sakinah mawadah wa rahmah (samara) adalah sasaran yang ingin dicapai seorang muslim dalam membentuk berkeluarga. Dalam keluarga yang samara itulah kita akan melahirkan pribadi islami untuk saat ini dan masa depan.
Jadi, sangat penting bagi seorang muslim membangun kompetensi untuk membangun keluarga. Apa itu kompetensi berkeluarga? Kompetensi berumah tangga adalah segala pengetahuan, keterampilan, dan sikap dasar yang harus dimiliki agar seseorang dapat berhasil membangun rumah tangga yang kokoh yang menjadi basis penegakkan nilai-nilai Islam di masyarakat. Maka tak heran jika Rasulullah saw. menyuruh kita untuk pandai-pandai memilih pasangan hidup. Jangan asal pilih.
Abi Hurairah r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. telah bersabda, “Seorang wanita dinikahi karena empat perkara: karena hartanya, karena keturunannya, karena kecantikannya, dan karena agamanya. Berbahagialah orang yang menikahi wanita karena agamanya, dan merugilah orang yang menikahi wanita hanya karena harta, kecantikan, dan keturunannya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Abdillah bin Amrin r.a. berkata, bahwa Rasu­lullah saw. telah bersabda, “Janganlah kamu menikahi wanita hanya karena kecantikannya, sebab kecantikan itu pada saatnya akan hilang. Janganlah kamu menikahi wanita hanya karena hartanya, sebab harta boleh jadi membuatnya congkak. Tetapi nikahilah wanita karena agamanya. Sebab seorang wanita budak yang jelek lagi hitam kelam yang memiliki agama (kuat dalam beragama) adalah lebih baik daripada wanita merdeka yang cantik lagi kaya, tetapi tidak beragama.” (HR. Ibnu Majah).
Ibnu Abbas r.a. berkata, bahwa Nabi saw. telah bersabda, “Empat perkara, barangsiapa memilikinya berarti dia mendapatkan kebahagiaan dunia dan akhirat: hati yang selalu bersyukur, lisan yang selalu berdzikir, badan yang sabar dikala mendapat musibah, dan istri yang dapat menjaga kehormatan diri serta dapat menjaga harta suami.” (HR. Thabrani dalam kitab Al-Kabir dan Al-Ausath, sedang sanad dalam salah satu dan dua riwayat adalah bagus).
Keshalihan diri kita dan pasangan hidup kita adalah modal dasar membentuk keluarga samara. Seperti apakah keluarga samara? Yaitu keluarga dengan karakteristik sebagai berikut:

- Keluarga yang dibangun oleh pasangan suami-istri yang shalih.
- Keluarga yang anggotanya punya kesadaran untuk menjaga prinsip dan norma Islam.
- Keluarga yang mendorong seluruh anggotanya untuk mengikuti fikrah isla
mi.
- Keluarga yang anggota keluarganya terlibat dalam aktivitas ibadah dan dakwah, dalam bentuk dan skala apapun.
- Keluarga yang menjaga adab-adab Islam dalam semua sisi kehidupan rumah tangga.
- Keluarga yang anggotanya melaksanakan kewajiban dan hak masing-masing.
- Keluarga yang baik dalam melaksanakan tarbiyatul aulad (proses mendidik anak-anak).
- Keluarga yang baik dalam mentarbiyah khadimah (mendidik pembantu).
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu is
tri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. [QS. Ruum (30): 21]
Untuk apa Allah memberikan samara kepada pasangan suami-istri muslim? Sebagai modal untuk meraih kebahagiaan. Bukankah tujuan hidup kita sebagai seorang manusia adalah memperoleh kebahagian? Bagi seorang muslim, ada tiga level kebahagiaan yang ingin dicapai sesuai dengan QS. Al-Baqarah (2) ayat 201.
Dan di antara mereka ada orang yang berdoa, “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka”
-
رَبَّنـــَا آتِــنَا فِي الدُّنْيــَا حَسَنَةً
- وَ فِي اْلآخَرَةِ حَسَنَةً
-
وَ قِــنَا عَذَابَ الــنَّارِ
Itulah sebaik-baik doa seorang muslim. Kita bercita-cita meraih kebahagiaan di dunia. Ketika meninggalkan dunia, kita mendapat kebahagiaan di akhirat. Yang dimaksud dengan al-hasanah (kebaikan) di akhirat adalah surga. Tapi, ada orang yang langsung masuk surga dan ada orang yang dibersihkan dulu dosa-dosanya di neraka baru kemudian masuk surga. Nah, obsesi tertinggi kita adalah wa qinaa adzaaban nar, masuk surga dengan tanpa tersentuh api neraka terlebih dahulu. Sebab, inilah kesuksesan yang sebenarnya bagi diri seorang mukmin.
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. [QS. Ali Imran (3): 185]
Karena itu, doa rabbanaa atinaa fiiddunya hasanah… haruslah menjadi syiar yang selalu disenandungkan oleh setiap muslim sepanjang hidupnya di dunia. Ketika seorang muslim dan muslimah menikah, syiar ini bertransformasi menjadi: “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (QS. At-Tahrim (66): 6)
Inilah tugas pokok seorang kepala keluarga: menjaga agar tidak satupun anggota keluarganya tersentuh api neraka. Untuk menunjukkan bahwa tugas ini sangat penting, Allah swt. memvisualisasikan bagaimana dahsyatnya neraka dan tidak nyamannya orang yang masuk ke dalamnya. Bahkan, orang yang masuk ke dalam neraka menjadi bahan bakar. Diperlakukan kasar dan keras. Padahal, kita tidak pernah ridha jika istri kita diganggu orang di jalan, kita marah jika anak kita dilukai orang, kita tidak mau anggota keluarga kita tidak nyaman akibat kepanasan atau kehujanan. Itulah bentuk rasa sayang kita kepada mereka. Seharusnya, bentuk kasih sayang itu juga menyangkut nasib mereka di akhirat kelak. Kita tidak ingin satu orang anggota keluarga kita tersentuh api neraka.
Tugas berat ini tentu tak mungkin ditanggung oleh seorang kepala keluarga sendiri tanpa ada keinginan yang sama dari setiap anggota keluarga. Artinya, akan lebih mudah jika seorang suami beristri seorang muslimah yang punya visi yang sama: sama-sama ingin masuk surga tanpa tersentuh api neraka. Inilah salah satu alasan bahwa kita tidak boleh asal dalam memilih pasangan hidup.
Karena itu, hubungan suami-istri, orang tua dan anak, adalah hubungan saling tolong menolong. Saling tolong menolong agar tidak tersentuh api neraka. “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebagian yang lain. mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [QS. At-Taubah (9): 71]
Tolong menolong. Itulah kata kunci pasangan samara dalam mengelola keluarga. Suami-istri itu akan berbagi peran dan tanggung jawab dalam mengelola keluarga mereka. Sungguh indah gambaran pasangan suami-istri yang seperti ini. Suaminya penuh rasa tanggung jawab, istrinya mampu menjaga diri dan menempatkan diri.“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebagian mereka (laki-laki) atas sebagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang shalihah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara mereka.” [QS. An-Nisa' (4): 34]
Pasangan suami-istri yang seperti itu sadar betul bahwa keluarga harus dikelola seperti sebuah organisasi. Bukankah keluarga adalah unit terkecil dalam susunan organisasi masyarakat? Bukankah keluarga miniatur sebuah negara? Jadi, kenapa banyak keluarga berjalan tanpa pengorganisasian yang memadai?
Jika kita yakin bahwa keluarga adalah sebuah lembaga, maka sebagai lembaga harus terorganisasi. Ada pemimpin ada yang dipimpin. Ikatan antara pemimpin dan yang dipimpin adalah ikatan kerjasama. Kerjasama haruslah punya tujuan yang terukur. Dan tujuan yang ingin dicapai haruslah diketahui bagaimana cara mencapainya. Itu artinya, cara pencapaiannya harus direncanakan. Setiap rencana baru bisa sukses jika diiringin kemauan yang kuat (azzam).
Dan salah satu rahasia keberhasilan realisasi sebuah rencana adalah ketika rencana itu dibuat dengan prinsip syura. Semakin tinggi tingkat partisipasi, maka akan semakin tinggi potensi keberhasilan tujuan itu dicapai. Inilah salah satu rahasia keberhasilan Rasulullah saw. mengelola para sahabat. Karena Rasulullah saw. selain berlemah-lembut, juga mengajak peran aktif mereka dalam bermusyawarah membuat rencana-rencana strategis (lihat QS. Ali Imran (3): 159].
Artinya, keluarga juga akan sukses mencapai tujuan-tujuannya jika menerapkan prinsip syura dalam perencanaannya. Bahkan, untuk urusan menyapih (ibu berhenti memberi ASI) pun harus disyurakan. Ini perintah Allah swt. Silakan lihat QS. Al-Baqarah (2) ayat 233.
Jadi, jika ingin tidak ada satu orang keluarga pun tersentuh api neraka, kita harus merencanakannya. Tetapkan ini sebagai visi keluarga kita. Lalu, breakdown agar menjadi sebuah langkah yang aplikatif. Jika kita perinci, kira-kira akan menjadi seperti ini.
Visi keluarga kita:
Tidak ada satu pun anggota keluarga tersentuh api neraka وَ قِــنَا عَذَابَ الــنَّارِ
Misi keluarga kita:
  1. Mencapai derajat takwa yang sebenarnya التَّقْوَى حَقَّ تُـقَـاتِه)ِ)
  2. Memperoleh hidup mulia atau mati syahid عَيْشْ كَرِيْمًا أَوْ مُتْ شَهِيْد)ً)
Strategi untuk mencapai visi dan misi keluarga kita:
1. Setiap anggota keluarga mengikuti tarbiyah (pendidikan) dalam bentuk tilawah Al-Qur’an, ada proses tazkiyah (pembersihan diri), dan taklim.
2. Setiap anggota keluarga menjalankan ibadah sampai derajat ihsan.
3. Setiap anggota keluarga berdakwah dan berjihad fii sabilillah.
4. Ada anggota keluarga yang menjadi pemimpin masyarakat (istikhlafu fiil ardhi).
Arah kebijakan keluarga kita:
1. Semua anggota keluarga kita harus tertarbiyah.
2. Setiap anggota keluarga harus memiliki jadwal ibadah unggulan pribadi, baik secara ritual maupun sosial.
3. Secara jama’i (bersama-sama), keluarga harus punya jadwal ibadah unggulan, baik ritual maupun sosial.
4. Harus memiliki agenda dakwah di dalam keluarga.
5. Harus memiliki agenda dakwah di untuk masyarakat sekitar.
6. Menghadirkan suasana keluarga yang mendukung tercapainya visi dan misi keluarga.
7. Mendidik setiap anggota keluarga untuk mencapai kualitas keluarga sebagai pemimpin umat.
8. Menyediakan sarana dan prasarana pendukung tercapainya visi dan misi keluarga.
Setelah arah dan kebijakan ditetapkan, perincilah ke dalam program dan kegiatan yang aplikatif.
Mungkin tabel seperti di bawah ini bisa membantu dalam menyusun rencana agar tidak satu pun anggota keluarga kita tersentuh api neraka.

Islam agama cinta ilmu pengetahuan



ILMU pengetahuan penting dalam kehidupan manusia. Nabi Muhammad banyak memperingatkan umat Islam akan hakikat ini menerusi banyak hadisnya. Di antaranya: "Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap umat Islam (lelaki dan perempuan)".
"Siapa yang menuntut ilmu akan menjadi kafarah (penebus) segala dosa-dosa yang lalu."
"Siapa yang berjalan di suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan, Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga."
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah (pada jalan Allah) hingga kembali."
Daripada hadis di atas, jelas bahawa Islam adalah addin yang cintakan ilmu pengetahuan. Islam dan ilmu tidak boleh dan tidak sepatutnya dipisahkan. Malah kepentingan ilmu ini dapat dikesan kepada penciptaan manusia pertama iaitu Nabi Adam menerusi wahyu Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
"Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar". Malaikat itu menjawab: "Maha Suci Engkau (ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jugalah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka selepas Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan."
Ulasan ahli tafsir mengenai firman Allah ini merumuskan bahawa ilmu pengetahuan itu memberikan kelebihan kepada manusia berbanding makhluk lain. Manusia dikurniakan akal fikiran, anugerah Allah yang tidak diberikan kepada makhluk lain.
Oleh itu, akal fikiran yang dianugerahkan Allah ini sewajarnya digunakan dengan sebaik-baiknya dengan mengisinya dengan ilmu pengetahuan berguna. Jika ini tidak dilakukan, maka akan sia-sia akal fikiran yang dimiliki manusia.
Dalam al-Quran juga diperjelaskan bahawa martabat orang berilmu itu tinggi dan mereka mempunyai kelebihan berbanding orang tidak berilmu. Firman Allah maksudnya:
"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya?" Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna."
Seterusnya martabat dan kedudukan orang berilmu pengetahuan diperjelaskan lagi oleh Allah dalam satu lagi ayat al-Quran, yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang daripada tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya, supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun, maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu, dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan."
Semestinya membicarakan ilmu pengetahuan, maka kita perlu memperkatakan cara atau kaedah untuk memperolehnya. Tidak dinafikan bahawa cara memperoleh ilmu paling berkesan adalah menerusi pembacaan. Wahyu pertama yang diturunkan sebagai watikah pelantikan Muhammad ibn Abdullah sebagai Nabi dan Rasul terakhir dimulakan dengan perkataan iqra. Firman Allah bermaksud:
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
Membaca adalah arahan ke atas umat Islam. Kalimah iqra yang diterjemahkan kepada 'bacalah' adalah satu fi'il 'amar (kata perintah). Kata perintah ini mengandungi seribu satu rahsia yang jika dikupas dapat membawa umat Islam ke arah kejayaan duniawi dan ukhrawi. Membaca juga sering dikiaskan sebagai kunci kepada ilmu pengetahuan. Hanya dengan membaca - bukan dengan mendengar, bercakap, meniru atau menghafal - seseorang itu dapat mendalami sesuatu ilmu pengetahuan.
Wahyu pertama yang disebut di atas itu signifikan kerana dua faktor. Pertama, wahyu pertama ini adalah bersifat saintifik kerana mengandungi maklumat proses kejadian manusia. Ini jelas satu maklumat saintifik yang diberikan oleh Allah kepada umat Islam apabila Nabi Muhammad dilantik menjadi Rasul lebih 1,400 tahun lalu.
Fakta sains ini hanya terbukti secara ilmiah berkurun-kurun kemudian apabila pengetahuan manusia bertambah menerusi penemuan sains dan teknologi yang lain.
Seorang pakar bedah Perancis tersohor, Prof Dr Maurice Bucaille memberikan ulasan bahawa wujud keharmonian di antara Islam dan sains. Tidak ada konflik, paradoks atau pertentangan di antara perkembangan sains dan teknologi dengan pendirian Islam. Malah Islam menggalakkan perkembangan bidang ilmu pengetahuan itu sendiri.
Kedua, Allah menyebut dengan jelas cara dan kaedah yang perlu diamalkan oleh manusia dalam proses menuntut dan mengembangkan ilmu pengetahuan.
Pertama, dengan membaca. Kita ketahui bahawa membaca adalah kunci kepada ilmu pengetahuan.
Kedua, selepas memperoleh ilmu pengetahuan, kita perlu menyebarkannya menerusi penulisan. Inilah kaedah yang digunakan sejak dulu lagi untuk menyebar luas ilmu pengetahuan. Sebab itu karya ilmiah terdahulu yang selamat hingga hari ini kerana ia dipelihara dalam bentuk penulisan, bukannya percakapan.
Kerana itu juga hadis Rasulullah dihimpunkan dalam bentuk tulisan supaya terpelihara daripada hilang dan tokok tambah mereka yang tidak bertanggungjawab. Apabila al-Quran dihimpunkan dan kemudiannya dibukukan, maka usaha ini turut menjamin al-Quran akan terus terpelihara kesuciannya hingga hari ini.
Kaedah membaca dan menulis adalah kaedah yang digunakan oleh ahli sains untuk membuat kajian.
Justeru, pada pandangan penulis, dalam memperkatakan budaya iqra, sebenarnya membabitkan budaya membaca dan menulis. Kedua-dua ini perlu digandingkan dalam usaha mengembangkan ilmu pengetahuan.
Seseorang yang suka membaca tetapi tidak rajin menulis tidak akan dapat meluahkan idea baru serta pandangan yang digarap hasil pembacaan dan pemikirannya. Jika dia hanya setakat meluahkan pandangannya dalam bentuk lisan tanpa ada rekod dalam bentuk penulisan, maka garapan pemikirannya tidak akan dapat disebar luas.
Hanya orang yang hadir yang dapat mendengar luahan pemikiran orang ini. Malah jika orang yang hadir itu sekadar mendengar semata-mata tanpa mencatatkan (menulis) apa yang didengarnya itu, maka lambat laun ilmu yang disampaikan itu akan hilang.
Seseorang yang rajin menulis tanpa suka membaca pula mengundang masalah berbeza.
Pendeknya, budaya membaca perlu disertakan dengan budaya menulis.
Pada era serba canggih kini, sewajarnya tidak ada alasan bagi kita untuk tidak menuntut ilmu pengetahuan.