Monday 22 December 2014




Ya Allah...
Kau tahu...
Hati ini terikat suka akan indahnya seorang insan ciptaan-Mu ...

Tapi aku takut.
cinta yang belum waktunya menjadi penghalang ku mencium syurga Mu..
Berikan aku kekuatan menjaga cinta ini. Sampai tiba waktunya.
andaikan Engkau pun mempertemukan aku dengannya kelak.
Berikan aku kekuatan melupakannya sejenak.
Bukannya kerana aku tak mencintainya...
Justeru kerana aku sangat mencintainya...
( Do'a Saiyidinna Ali pada saat jatuh cinta dengan Fatimah )
Kerana Cinta yang sebenar benar cinta, hanya inginkan si dia yang dicintai bahagia dibawah Rahmat Allah
{ Ya Allah, jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu }
.
Kerana dia lah PERMATA YANG DICARI

Sunday 7 December 2014

Ciri-ciri Suami Pilihan




1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Takdelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)


#UstazAzharIdrus




Walau bagaimanapun kita kena percaya jodoh pertemuan di tangan Allah..cuma kita masih boleh berdoa agar dikurniakan suami dan anak-anak yang baik..waallahualam

Bolehkah Lelaki Dan Wanita Bersahabat



Maha Suci Allah yang telah menciptakan manusia dalam keadaannya yang pelbagai bangsa dan berbeza jantina. Berbeza kabilah dan berbeza puak. Berbeza bahasa dan berbeza negara. Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana terhadap segala percaturan dan penetapanNya. Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan yang berfikir.
Timbul idea untuk menulis tentang persahabatan antara lelaki dan wanita, hasil cetusan dari salah seorang rakan di facebook saya.
Masih dalam ruang lingkup perbincangan yang penting, iaitu hubungan antara lelaki dan wanita. Allah dengan penuh bijak menciptakan kita ada yang lelaki dan ada yang wanita. Tidak Allah ciptakan hanya lelaki di muka bumi, begitu juga tidak hanya wanita. Dan kewujudan kedua-duanya pula disertai dengan beberapa garis panduan penting, yang hanya akan dikecapi hikmahnya oleh manusia cerdik lagi suka berfikir.
LELAKI SEBAGAI LELAKI, WANITA SEBAGAI WANITA
Kedua-dua lelaki dan wanita, hidup sebagaimana yang ditetapkan ke atas mereka. Lelaki cenderung menjadi gagah lagi kuat fizikalnya, manakala wanita cenderung menjadi lembut dan tertib. Lelaki sampai kiamat tidak akan boleh mengandung apatah lagi beranak. Wanita pula pasti akan didatangi haid dan sebagainya.
Mereka, lelaki dan wanita, hidup sebagai diri mereka. Satu sama lain tidak boleh menukar keistimewaan diri masing-masing walaupun kedua-duanya mahu.
Islam, sebagai satu cara hidup yang paling sempurna dan sesuai untuk semua manusia, tidak hanya berbicara perihal solat dan zakat. Bahkan Islam juga membicarakan tentang bab mu’amalat iaitu perhubungan sesama manusia. Termasuk juga perbincangan tentang perhubungan antara lelaki dan wanita.
Apabila lelaki dan wanita hidup sebagai diri masing-masing, maka di sana ada etika tertentu yang perlu mereka patuh dan ikut jika mahu berhubung sesama mereka. Sungguh Allah itu tidak zalim dan kejam, sehingga menyekat manusia berjantina lelaki untuk hidup serta bergaul sesama lelaki sahaja manakala wanita juga hanya bergaul sesama wanita sahaja.
Salah faham seperti ini, kerapkali menjadikan wanita sebagai mangsa, sehingga pergerakan mereka terbatas dan sudut pandang mereka menjadi sempit. Hakikatnya, mangsa yang sebenar bukanlah wanita sebaliknya Islam itu sendiri ditohmah sebagai punca kepada sindrom tersebut.

PERGAULAN DAN PERSAHABATAN
Islam tidak menyekat manusia untuk maju. Bermakna, Islam juga tidak menyekat manusia bertindak atau melakukan perkara-perkara yang boleh menjadikan mereka maju. Antara cara manusia maju adalah dengan bekerja, terlibat dengan bisnes, mendekati masyarakat dan sebagainya.
Secara dasarnya, kedua-dua lelaki dan wanita tidak disekat untuk memajukan diri mereka dalam apa sahaja aspek yang mereka ceburi. Tidak ada istilah hanya lelaki boleh maju, wanita perlu duduk di rumah. Islam itu prinsipnya bukan menyekat, sebaliknya memberi saluran dan alternatif.
Apabila manusia bergerak untuk maju, mereka akan bertemu dalam lapangan-lapangan tertentu. Seumpama kehidupan di kampus, kerja di pejabat mahupun turun memberi sumbangan pada masyarakat. Manusia yang bertemu ini, bukan hanya sesama jantina sebaliknya lelaki pasti akan bertemu wanita, dan wanita pula akan bertemu lelaki.
Islam tidak menghalang perkara tersebut.
Tidak haram lelaki bertemu wanita dalam satu-satu lapangan kerja, begitu juga wanita tidak haram bertemu lelaki. Mereka boleh berhubung, bergaul dan bekerja bersama-sama.
Cuma, Islam menyalurkan manusia dengan etika yang betul. Etika inilah yang akan menjadikan pergaulan serta perhubungan tadi selamat, bukan hanya di dunia bahkan hingga ke akhirat. Antara etika yang Islam tetapkan adalah menjaga pandangan.
Dan bab menjaga pandangan ini cukup teliti dan panjang untuk diulas. Apa yang penting, tersirat satu hikmah besar di sebalik arahan Allah supaya lelaki jangan pandang wanita dan wanita jangan pandang lelaki.
Habis tu, lelaki kena jalan pandang bawah je la?
Bukan.
Menundukkan pandangan maksudnya jangan pandang tanpa ada keperluan untuk pandang. Jangan pandang dengan nafsu. Jangan pandang dengan keinginan tertentu. Jangan pandang tempat-tempat tertentu.
Jangan dan jangan ini, untuk kebaikan manusia sendiri. Apabila suka pandang, dari mata jatuhlah ke hati. Salah. Dari mata jatuhlah ke NAFSU. Timbullah keinginan-keinginan tertentu. Akhirnya bila bertemu jalan buntu, zinalah menjadi jalan keluar paling mudah.
Itu baru satu etika.
Banyak lagi etika lain yang Islam wajibkan untuk patuh dalam pergaulan lelaki dan wanita.
Antara lain :
1. Jangan berdua-duaan
2. Jangan letakkan diri dalam keadaan yang mengundang fitnah
3. Jangan bertepuk tampar, bersentuh-sentuhan, berpegangan tangan
4. Jangan bermain soal hati
5. Jangan bergaul dengan lawan jantina, seperti bergaul sesama jantina
6. Jangan terlalu rapat sehingga semua benda boleh ‘open’
7. Jangan bersubahat dalam perkara maksiat
8. Dan banyak lagi ‘jangan’ yang lain.

JADI, BOLEHKAH BERSAHABAT LELAKI DAN WANITA?
Sebelum dijawab, saya kira ada sedikit beza antara istilah ‘sahabat’ dan ‘kawan’ pada pengertian umum. Kawan atau rakan atau kenalan, sifatnya tidak terlalu rapat. Tapi istilah ‘sahabat’ menampakkan keakraban dan mungkin juga kemesraan.
Tak mengapa, itu isu istilah. Kita tidak mahu berbicara tentang istilah, tetapi mahu memfokuskan kepada apa yang diistilahkan. Kaedah Fiqh menyebut : ” Hukum dikira kepada apa yang dinamakan, bukannya pada nama “. Maknanya, kalau arak ditukar nama menjadi soya sekalipun, hukumnya tetap haram.
Begitu juga bab bersahabat atau berkawan dengan berlainan jantina.
Mudahnya, mari kita sama-sama fahami prinsip asas yang digariskan Islam :
1. Lelaki dan wanita berbeza ciptaannya. Bersentuh tangan atau duduk dekat-dekat sesama jantina, tidak sama dengan bersentuh tangan atau duduk rapat-rapat dengan beza jantina. Ada ‘cas’ tertentu yang akan mengalir. Oleh itu, Islam sama sekali mengharamkan sentuh menyentuh, pegang memegang, tepuk menepuk, dakap mendakap dan yang sewaktu dengannya oleh manusia yang berbeza jantina – kecuali setelah berkahwin.
2. Bersahabat mesti ada tujuan. Dan tujuan yang dibenarkan dalam Islam adalah tujuan yang membawa kepada Al-Birr (kebaikan) dan At-Taqwa (ketaqwaan). Sebagaimana Firman Allah ta’ala dalam Surah Al-Maaidah :
” dan hendaklah kamu sekalian bertolong-tolong dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan , dan janganlah kamu sekalian bertolog-tolong dalam perkara maksiat dan permusuhan “
Jadi, kalau bersahabat atas dasar taqwa dan kebaikan, caranya juga mestilah ada ciri-ciri orang bertaqwa dan orang yang membawa kebaikan. Orang bertaqwa tidak akan sembrono sahaja bergaul dengan bukan mahramnya. Dia pasti akan memelihara adab dan sahsiahnya. Begitu juga, tujuan yang sama-sama diusahakan juga tentulah yang menuju kepada Allah, seumpama dalam satu team dakwah, program untuk masyarakat dan sebagainya.
3. Batasan sesama bukan mahram. Atas nama apa sekalipun, jika hakikatnya mereka bukan mahram, maka hukumnya tetap haram jika batasan pergaulan dilanggar. Bermakna, walaupun kita ada sahabat / sahabiah berbeza jantina, tidak bermakna mereka boleh sampai ke tahap saudara kandung kita. Prinsipnya tetap sama. Justeru, selagi batas perhubungan sesama bukan mahram tidak dilanggar, maka persahabatan itu tidak salah.

ATAS NAMA KAWAN / SAHABAT?
Mereka keluar berdua, makan-makan dan melepak atas bukit. Ambil angin katanya. Bila ditanya, mereka jawab : ” kami hanya kawan biasa. Kebetulan dia ada masalah, nak cari tempat meluah, jadi saya luangkan masa. Lagipun, kami masing-masing dah berpunya “.
Sila ambil perhatian. Bercouple itu menjadi haram bukan kerana namanya couple atau semata kerana isu ‘aku cinta kau, kau cinta aku’. Couple menjadi haram dek kerana wujudnya gejala berdua-duaan, bercakap dari hati ke hati tanpa had batasan dan sebagainya. Jadi, jika berlaku elemen-elemen tersebut, tidak kiralah namanya ‘kawan’ , ‘sahabat’ ataupun ‘couple’ , hukumnya tetap adalah haram. Ia termasuk dalam kategori khalwat dan mukaddimah zina.
Ada lagi contoh situasi lain.
Si lelaki aktif dalam sesuatu pertubuhan. Ada kenalan ataupun sahabat wanita dalam pertubuhan yang sama. Mereka ramai, bekerja dan bergerak bersama. Tetapi dalam diam-diam, si lelaki suka ‘mengadu masalah dari hati ke hati’ dengan salah seorang kawan atau sahabat wanitanya. Hampir setiap malam bergayut di telefon. Bila ditegur, katanya ; saya mengadu kepada sahabat saya. Soalnya, mengapa sedemikian ramai sahabat sama jantina yang ada, sahabat lain jantina juga yang dicari?
Kalau jawabnya ; yang wanita lebih memahami, saya selesa mengadu kat dia, dan kadang-kadang dia pun mengadu kat saya – maka jatuh hukum haram, kerana wujudnya elemen mukaddimah zina dan ‘khalwat’ dalam telefon. Apatah lagi tujuannya langsung tidak ada ciri-ciri Taqwa.

BAGAIMANA YANG BOLEH?
Cuba lihat di mana anda berada.
Kalau dalam situasi anda di kampus, anda tentu punya rakan sekuliah atau sepersatuan. Mungkin terlibat dalam program, kerja bersama dan sebagainya. Maka anda boleh saja menganggap ‘muslimin itu sahabat saya’ atau ‘muslimat itu sahabiah saya’. Bahkan ia berpahala kiranya disandarkan kepada firman Allah : Sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara.
Tetapi, menganggap mereka sebagai sahabat atau sahabiah, tidak bermakna kita boleh ‘masuk’ ke dalam kehidupan mereka seperti kita masuk ke dalam kehidupan sesama kita. Maka, undang-undang pergaulan sangatlah perlu untuk dijaga.
Kalau dalam contoh bekerja pula. Katakan kita sebagai wanita, dan ketua kita adalah lelaki. Masing-masing boleh menganggap sesama sendiri sebagai sahabat. Tetapi jika berhubung, perbincangan hanyalah tentang hal-hal kerja sahaja. Selagi mana topiknya tidak tersasar, ia tidak menjadikan kita salah. Kita akan mula menjadi salah, apabila topik sedikit demi sedikit beralih dari hal kerja kepada hal peribadi, dari satu jam kepada berjam-jam, dari menaip kepada bergayut dan sebagainya.
Justeru, yang boleh tetap boleh, selagi mana tidak diresapi unsur-unsur yang menjadikannya sebagai tidak boleh.

KESIMPULAN
Sebagai mukmin yang membawa Islam sebagai cara hidup, lelaki mahupun wanita tidak sewajarnya membuka ruang fitnah kepada Islam hanya kerana sikap masing-masing. Kadang-kadang, ada wanita yang kononnya terlalu ‘menjaga perhubungan’ sehingga pergaulannya dengan lelaki – meskipun dalam hal-hal kerja – menjadi begitu sempit, tertutup dan menyusahkan.
Wanita jenis itu, ada isu yang panjang juga jika saya mahu ulas. Mungkin di entri lain.
Untuk kali ini, saya kira cukup untuk menjelaskan kekeliruan dan menampakkan jalan kepada kita, bolehkah lelaki dan wanita bersahabat? Anda ada jawapannya.

11 Cara Berkesan Untuk Menjaga Hati Ibu Bapa

UMMI WA ABI
Marilah kita lihat kepada diri kita, sudah seberapa besar cinta yang kita tunjukkan kepada ibu bapa?
Sudah seberapa berat pengorbanan yang kita berikan kepada mereka? Kerana banyak antara kita yang masih tidak pandai untuk menjaga hati ibu bapa kita.
Kerana kesibukan, kerana kepayahan dan kerana hidup yang semakin lama semakin mengikis rasa sayang kita kepada mereka.
Kita mesti mengetahui cara untuk menjaga hati ibu bapa kita dan mempraktikkannya daripada awal. Sifat ini akan menjadi kebiasaan dan dibawa sehingga bila-bila nanti.
Pada kali ini marilah kita membicarakan bagaimana cara untuk menjaga hati bapa kita secara berkesan, seterusnya mewujukan keluarga yang bahagia dan harmoni.

1. Sentiasa Hormat Dalam Apa Jua Emosi

Bersikap hormat dalam keadaan apa jua emosi sekali pun. Mungkin kita pernah marah, pernah kecewa, tetapi perasaan itu sebaik-baiknya tidak mengurangkan rasa hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita.
Tetap tenang dan tidak bijak menjaga emosi dengan baik

2. Jangan membantah apabila ada pendapat yang berbeza.

Pendapat perlu disampaikan dengan cara yang halus dan sopan, bukan dengan keras. Beza generasi, beza usia, beza pengalaman membuatkan ruang perbezaan semakin luas.
Jangan bersikap kasar dengan mengeluarkan perkataan yang tidak sopan. Tetaplah menjaga etika dengan mereka.

3. Jangan Meninggi Suara

Bagaimana sekalipun perasaan kita pada masa itu, jangan berteriak, membentak, bersuara dan bernada keras dalam berbicara dengan ibu bapa.
Ya, memang sangat susah mengendalikan emosi ketika marah, tetapi cubalah lakukan dengan baik. Insyaallah, semuanya dapat diatasi dengan baik.

4. Menjaga Hati Ibu Bapa Dengan Selalu Meminta Izin

Meminta izin dan mencium tangan ibu bapa sebelum pergi atau selepas pulang. Kita menerapkan hal ini berdasarkan apa yang ibu bapa kita ajarkan sewaktu kita masih kecil dahulu.
Kita pasti dapat merasakan kesan positif hasil tabiat ini.

5. Jangan Pernah Memarahi

Jangan sesekali memarahi ibu bapa walaupun ada yang kita rasakan tidak betul pada mereka. Teguran mesti disampaikan secara sopan. Mengapa perkara ini disampaikan berulang kali?
Kerana ia sangat penting untuk kita jaga. Jangan sesekali membentak mereka meskipun mereka di pihak yang salah.

6. Jangan Berleter Kepada Ibu Bapa

Jangan mengajari, menasihati atau memberi ceramah kepada ibu bapa. Apabila mahu memberi pandangan atau ibu bapa meminta pendapat kita, perlulah memberikan dengan sopan dan berhikmah.
Mungkin banyak perbezaan pandangan, pendapat, pengetahuan dalam banyak perkara yang tidak mungkin pernah sama. Tetapi mereka berhak bagi mendapatkana cinta dan sayang dari kita.

7. Jangan Menyampuk Perbicaraan

Jangan sekali-kali menyampuk perbicaraan ibu bapa. Ini etika asas yang mesti difahami secara betul. Jika etika ini kita terus lakukan hingga dewasa, ini akan menjadi nilai yang baik.
Kita tahu bila sepatutnya bercakap dan bila kita perlu memerhatikan dengan baik.
Kebolehan mendengar dan memerhati dengan baik jarang dimiliki oleh kebanyakkan orang. Sebahagian besar hanya pandai dalam hal percakapan, tetapi cukup runsing apabila perlu mendengar dengan baik percakapan orang lain.

8. Menjaga Hati Ibu Bapa dengan mendahulukan mereka

Tatacara lain adalah sikap sehari-hari iaitu mengutamakan atau mendahulukan ibu bapa dalam segala aktiviti seperti memberikan tempat duduk, memulakan makan minum dan sebagainya.
Akhlak ini jarang kita dapati pada jiwa anak muda hari ini.

9. Jangan Sesekali menyentuh kepala Ibu Bapa

Jangan sesekali menyentuh kepala ibu bapa apabila sedang berhadapan atau berkomunikasi kecuali untuk tindakan tertentu seperti memotong rambut.

10. Menjaga Hati Ibu Bapa Bila Berhadapan dengan mereka

Apabila berhadapan dan berbicara dengan ibu bapa mesti bersikap sopan, tidak bercekak pinggang, tidak melutut, tidak bersuara keras dan membentak.

11. Membantu Tanpa Diminta

Apabila melihat ibu bapa dalam kesusahan seperti mengangkat beban berat dan mengerjakan pekerjaan berat lain, tanpa diminta kita sepatutnya segera membantu.
***
Apa yang tercatit diatas adalah 11 langkah mudah dan berkesan untuk menjaga hati ibu bapa kita. Ia hendaklah dipraktikal dan rasailah perubahan hubungan kita dengan ibu bapa, mudah-mudahan dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kita dengan ibu bapa.

Saturday 6 December 2014

CORETAN ADIK UNTUK KAKAK

Assalamualaikum…
Salam Mahabbah buatmu kakak.
Segala puji bagi Allah atas limpahan rahmat dan kurnia-Nya dalam menyatukan hati-hati kita.
Juga tiada mampu untuk kita memuji akan diri-Nya melebihi Dia atas jalinan ukhuwah yang telah lama dijalinkan dengan izin dari-Nya… alhamdulillah.
Kakak…
Sudah terlalu lama adik tidak menitipkan bicara melalui coretan buatmu. Maafkan adik. Sekalipun bicara coretan tidak adik hulurkan namun kita tetap jua berhubung dan masih bisa bertanya khabar.
Kakak…
Hari ini, hati benar-benar terpanggil untuk menarikan jari jemari ini. Bersama doa agar rahmat dan lindungan Allah sentiasa bersama kita.
Sebenarnya, sudah lama juga adik berkira-kira untuk ‘menyapa’ (menegur) kakak, tapi dek kerana bimbangkan ada hati yang akan terguris, adik tangguhkan.
Maaf kakak! Bukanlah niat adik untuk melukakan, jauh sekali membuat kakak berkecil hati. Tapi, sebelum apa juga perasaan yang kakak rasakan, segeralah kembalikan diri kepada Allah, insyaallah hatimu akan berasa tenang. Anugerah ketenangan itu dari Allah, dan kita sebagai hamba diberikan pula kemampuan untuk melaksanakan… Subhanallah, indahnya kurniaan.
Kakak…
Mungkin kakak sendiri telah maklum akan perubahan yang ada pada diri adik sekarang. Seorang muslimah yang terlalu menyintai Pemiliknya… dan tiap waktu merindu akan keagungan yang diciptakan-Nya. Allahu Akbar! Bukan hanya melalui kata-kata, tapi ia atas rasa percaya dan benar-benar merasa.
Kakak…
Bersama anugerah terindah yang sedang adik daki kini, bersama persalinan baru yang adik pakaikan pada diri, adik rasa begitu bahagia sekali. Walaupun pada pandangan duniawi, adik ini serba tiada, harta benda, pangkat dan darjat, tapi adik dapat merasa nikmat berada dijalan-Nya.
Kakak…
Jika suatu waktu dulu, dosa pahala tidak kita ambil kira, meniti jambatan dunia hingga terlupa dihujungnya akhirat yang tersedia, tapi hari ini, adik berada dilandasan yang berbeza. Mungkin masih jua dijambatan yang sama, tapi memilih lorong yang tahu menilai ganjaran dan azab yang dijanjikan-Nya. 
Kakak…
Hampir seluruh zaman remaja kita habiskan dengan penuh kealpaan, tidak berjaya meletakkan diri sebagai anak yang solehah. Tidak menyenangkan hati kedua ibu ayah sedang mereka telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang dan tidak meminta untuk membalas tiap amal bakti yang diberikan. Pasti hati kecil mereka merintih saat kedegilan itu menguasai anak-anak yang menjadi harapan dunia dan akhirat.
“Ya Allah, ampuni kami ya Allah. Sesungguhnya kami ini anak-anak yang berdosa.”
Namun kakak, sedarkah kita bahawa hari ini Allah masih juga memberikan nikmat untuk kita merasakan alam dewasa. Alhamdulillah, diberikan juga kesempatan untuk kita bergelar isteri dan ibu. Subhanallah. Allah Maha Pemurah. Tiada yang layak dipuji melainkan Dia. Dan diberikan juga peluang untuk bersama ibu ayah yang sedang meniti penghujung usia mereka. Allahu Akbar!
Kakak…
Perkara-perkara inilah yang menjadikan adik selalu mencari diri, mencari jalan pulang ke sisi-Nya Yang Maha Pemberi. Dan selalu merasakan tidak cukup untuk membalasnya dengan ucapan ‘terima kasih’ dalam tiap gerak nadi yang berdenyut.
Kakak…
Bersama kekuatan dan kemampuan yang Allah berikan pada adik saat ini, adik benar-benar ingin memimpin kakak bersama adik untuk berada di landasan yang sama.
Dekatilah Dia, kakak. Kembalilah pada-Nya. Jalan untuk menghampiri-Nya sentiasa luas terbuka. Malah Dia jua Maha Pengampun tiap dosa walau sebesar mana murka yang ada buat kita. Ayuhlah kakak, kembali mencari jalan pulang sebelum kita bertemu dengan-Nya.
Kakak…
Bersama warkah ini, adik tinggalkan kakak pesanan-pesanan ini, yang mungkin mampu dijadikan azimat dalam kakak meniti sisa usia yang Allah berikan… insyaallah.
~ Letakkanlah niat hatimu semata-mata kerana Allah dalam apa jua yang dirimu lakukan.
~ Hiasilah dirimu dengan rasa malu yang menebal, agar dirimu bisa memperoleh cahaya yang tersembunyi disebalik kepalsuan dunia.
~ Peliharalah solat. Perbaikilah ia. Dirikanlah di awal waktu.
~ Bersahabatlah dengan Al-Quran dan Sunnah agar dapat menjadi penyuluh jalanmu.
~ Peliharalah jua aurat mu. Tutuplah ia. Ingatlah akan azab yang dijanjikan Allah buat hamba-hamba-Nya.
~ Tunaikanlah kewajipan yang telah diperintahkan Allah buat kita dan jauhi maksiat dan kemungkaran yang melalaikan.
~ Jadilah isteri yang redha dan sabar atas tiap ketentuan yang Allah berikan.
~ Letakkanlah diri sebagai ibu yang solehah dan menjadi murabbi (pendidik) kepada anak-anak.
~ Hapuskanlah kegagalan sebagai seorang anak kepada kedua ibu ayah, gantikanlah dengan bakti yang terbaik buat mereka ketika mereka masih ada atau mungkin saat mereka telah kembali ke sisi Pencipta.
Kakak…
Selebihnya, pasti kakak akan temuinya nanti… insyaallah.
Inilah jalan kita. Jalan pulang yang kita cari-cari selama ini. Adik doakan moga kakak dipermudahkan Allah dalam usaha menuju ke jalanNya.
Akhir bicara, maafkan adik andai bicaraini membuat hati kecilmu tersentuh.
Ingatlah kakak, dunia ini pinjaman semata. Tiada yang akan kekal melainkan Dia. Sementara diberikan kekuatan dan kemampuan untuk kita membezakan, pilihlah jalan yang diredhai-Nya.
Moga dikalungkan hidayah buat kita dan sentiasa diampunkan dosa. Kita ini hanya hamba. Hamba yang selayaknya meminta pada Dia yang sentiasa bersedia memberikan laluan buat kita, kerana hanya Dia tempat kita menyembah dan memohon pertolongan. Tiada daya dan upaya kita melainkan hanya dengan-Nya, Yang Maha Menguasai setiap perkara. Allahu Akbar!
Wassalam.
Adik,
Hamba Allah yang dhaif  dan hina.

SIFAT LELAKI YANG SETIA




Bagaimana nak mengetahui seorang lelaki itu setia ataupun tidak?? apa pendapat anda?? adalah persoalan yang saya lemparkan kepada rakan-rakan saya. Antara jawapan spontan mereka adalah:


Tok Abom
"kesetiaan utama adalah pada Tuhan.. bila lelaki ya setia pada tuhan..secara automatik lelaki pun setia pada tanggunjwbnya."

Claire
"must trust each other..."

Myza
"Anak yg sygkan MAK dan AYAH..setia! :)"

Izam
"senang jak, anywhere he go, sentiasa bawa teman wanitanya itu, dan tidak bersembunyi."

Begitulah pendapat mereka. Bila sebut setia ada yang membayangkan tuhan, ada yang membayangkan cinta, ada yang membayangkan mak ayah dan juga kekasih. Setia adalah satu perkara yang universal. Kesetiaan mempunyai tahapnya sendiri. Tahap kesetian kepada tuhan adalah hak dan pada manusia adalah sementara.

Mari kita lihat kesetiaan kepada kekasih tidak kira status sama ada sudah berumah tangga, bertunang atau berkasih. Kita lihat pendapat yang ada di atas. TOK ABOM menyatakan bahawa kesetiaan kepada tuhan akan menjadikan kesetiaan kepada tanggungjawab. Saya amat bersetuju pendapat beliau kerana agama islam tidak mengajar kita lari dari tanggungjawab.

Perkataan setia bagi lelaki yang dipandang masyarakat pada masa sekarang adalah hasil daripada pengaruh media. Seperti dalam cerita Romeo dan Juliet. Kisah cinta ini begitu di agungkan oleh masyarakat kita sehingga menolak ketepi apa yang ada dalam agama. Kesetian kepada kekasih sehingga sanggup membunuh diri sendiri apabila kekasih mati. Cerita itu menggambarkan betapa indahkan seorang lelaki mengasihi seorang wanita.

Sebenarnya kesetian lelaki adalah terletak kepada kesetian terhadap maha pencipta yang hak. Itu adalah kesetiaan yang hakiki. Oleh itu, rujuk segala ilmu yang di ajar di dalamnya.

Berikut adalah point-point yang diberi oleh salah seorang daripada rakan mengenai kesetiaan lelaki dalam dunia semasa:

Maklumat ini daripada saudari Nilam Sari:

23 Tanda Seseorang Lelaki Itu Setia Pada Cinta 


  1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa. 
  2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap. 
  3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya. 
  4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. 
  5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya. 
  6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga. 
  7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya. 
  8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain. 
  10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja. 
  11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya. 
  12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama. 
  13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya. 
  14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri. 
  15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya. 
  16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya. 
  17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar. 
  18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain. 
  19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun, 
  20. Dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya. 
  21. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. 
  22. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri. 
  23. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. 
ini sekadar pendapat dan berkongsi info. banyak lagi tanda-tanda lain yang mungkin masuk akal bila kita fikirkan secara logik. Namun, tidak ramai lelaki sanggup menitiskan air mata demi seorang wanita yang disayanginya. hehe..betul tak? Sumber: Hannsays

Ayat 59, Surah an-Nisa': 
' ya aiyuhallazina amanu ati'ullaha wa-ati'ur-rasula wa-ulil amri minkum; ...' 
[Maksud: Wahai orang-orang yg beriman, taatkanlah Allah (s.w.t) dan taatkanlah Rasul dan orang-orang yg mempunyai perkara (i.e. kepimpinan Islam); ...]


Saya harap maklumat yang saya berikan mampu membuat pembaca berfikir sejenak mengenai kesetiaan lelaki dan bagaimana hendak mengetahuinya. Saya juga berharap pembaca dan diri saya lebih memahami kesetiaan yang hak daripada kesetiaan yang batil serta mempraktikkannya.

Sunday 24 August 2014

6 Penawar Sakit Hati Terbaik Yang Diajarkan Rasul Allah

sakit hati
sakit hati
Hampir setiap orang tentu pernah mengalami sakit hati dalam hidupnya.
Baik dalam keluarga, bersahabat, mahupun bermasyarakat.
Sebagaimana sifat sedih dan gembira, rasa  ini adalah suatu kewajaran dalam hidup manusia.
Apatah lagi,  manusia adalah mahluk yang bersosial, yang dalam setiap interaksinya tidak lepas dari kekhilafan.
Sebab-sebab datangnya perasaan ini pun bermacam-macam.

Dari masalah yang simple hingga masalah besar, dapat menjadi penyebabnya.
Misalnya bermula dari perbezaan pendapat, adanya konflik atau ketidakserasian, sehingga iri hati dan dengki.
Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stress dan tidak akan ceria. Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia dari RabbNya.
Na’udzubillaahi mindzaalik.
Bagaimana menangani rasa sakit hati, agar tidak menjemput dosa kepada kita sendiri?

Antara petua – petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati adalah :

1. Muhasabah Diri
Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri. Mungkin kita sakit hati oleh kata – kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti. Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita  bersikap demikian.
Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.

2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki
Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang  yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.
Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli.
 Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan – angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.
Demikian sifat iri hati dan dengki.
Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.
Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang. Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya. Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki  menghilang
Rasulullah bersabda,
“Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).

3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.
Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.
Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”

4. Memupuk Sifat Pemaaf.
“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.
Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya. Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.
Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.
Rasulullah bersabda,
“Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).

5. Husnuzon (Berprasangka Baik).
Allah berfirman:
“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).
Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan orang lain. 
Dia mengatakan macam-macam tentang orang lain, dan mengatakan dirinya lebih baik.
Tentu, perkara ini  yang tidak benar.
 Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik  yang cenderung untuk  memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.

6. Ikhlaskan Diri.
Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukanOrang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah.
 Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur.
Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar.
Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.
 Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.

Memaafkan  adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah,
Sebagai balasannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tak terhingga.
Kadangkala, sulit membiarkan cinta membimbing kita pada saat hati kita disakiti oleh orang lain.
Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf..