Thursday 7 August 2014

Apa Hikmah Menutup Aurat?



[penulisan ini merujuk kepada aurat wanita sahaja]

Memang kita tahu yang menutup aurat itu satu kewajiban sebagai Muslim. Namun demikian, seringkali 'graf semangat' untuk memenuhi tuntutan agama yang satu itu turun naik. Hari ini kita elok berbaju longgar, esok kita cuba-cuba berjubah moden yang ketat mengikut bentuk tubuh (dek terpengaruh dengan tagline "fesyen muslimah moden"). 

Untuk menaikkan semangat menutup aurat (selain yang utama - menutup aurat kerana tunduk pada perintah Allah yang menciptakan kita), berikut adalah antara HIKMAH MENUTUP AURAT BAGI WANITA:

  1. Sebagai lambang wanita beriman dan bertaqwa. Hanya yang beriman dan bertaqwa akan mengikut apa yang diperintahkan Allah dan Rasul-Nya dan meninggalkan perkara yang dilarang.
  2. Membeza antara wanita Muslim dengan wanita bukan Muslim. Bila orang melihat diri kita, orang tahu yang kita seorang wanita Muslim melalui gaya pemakaian yang menutup aurat.
  3. Menjaga kehormatan dan mengelakkan gangguan daripada orang yang berniat jahat.
  4. Terjaga daripada perbuatan dan sifat yang tidak elok. Bila kita berpakaian menutup aurat, automatik kita akan rasa malu untuk melakukan perbuatan yang dilarang agama atau perbuatan yang tidak sopan pada adat. 
  5. Terhindar daripada penyakit tertentu. Yang paling mudah, menutup aurat mampu melindungi kulit kita daripada bahaya sinar UV.
  6. Terhindar daripada azab Allah serta meraih redha dan keampunan-Nya.
Wallahu a'lam.
(olahan sumber :  majalah al-Ustaz)


Moga-moga dengan memahami hikmah di atas, kita terus bersemangat untuk menutup aurat. Bukan mudah tau nak menggayakan 'pakaian taqwa' ni, banyak godaan. Yang terhidang banyak yang cantik dimata, tapi buruk pada agama. Bimbang juga tergelincir...


p/s: peringatan buat diri sendiri yang sering lalai.

No comments:

Post a Comment