Thursday 7 August 2014

Kepentingan Ilmu Dalam Islam Dan Kehidupan ☺




Assalamulaikum dan Salam Kebahagiaan

kepentingan ilmu
Hari ini amir ingin menulis entry tentang Kepentingan Ilmu Dalam Kehidupan ☺
Ilmu amatlah penting dalam kehidupan sehari-harian kita. Ilmu amat penting kepada manusia untuk memperbaiki kehidupan mereka. Ilmu boleh diumpamakan pelita yang menerangi kegelapan hidup manusia. Ilmu juga membezakan kita(manusia) dengan haiwan. Kita haruslah sedar bahawa ilmu itu adalah sumber segala yang kita ada sekarang. Ilmu yang menerangi kehidupan kita seharusnya menjadi petunjuk jalan kepada kita untuk memperolehi kehidupan yang bahagia. Ilmu dan kemahiran yang ada pada seseorang itu juga memberikan manfaat jika disebarkan kepada orang lain.

Contohnya, ilmu matematik yang diajarkan kepada murid-murid dapat digunakan dalam kehidupan sehari-hari.
Semua orang tahu bahawa ilmu sangat penting tetapi masih ada negara yang membangun mempunyai kadar buta huruf yang tinggi di kalangan penduduknya. Negara ini juga akan ketinggalan jauh jika dibandingkan dengan negara maju. Mereka tidak dapat membendung atau menyelesaikan masalah buta huruf kerana daya kesedaran masyarakat kepentingan mencari ilmu amatlah kurang dan lemah. Hal demikian kerana kemiskinan yang melanda negara mereka.

Menuntut ilmu wajib dalam islam
Dalam islam menuntut ilmu adalah diwajibkan keatas setiap orang muslim. Seseorang muslim dapat memelihara akalnya dengan ilmu dan mempergunakan akalnya untuk mendapat petunjuk serta ni’mat Allah Swt. Oleh itu, di sisi Islam, menuntut ilmu adalah amalan fardhu dan mulia bagi setiap muslim dan muslimah. Hal ini selaras dengan sabda jujungan saw

Sabda Rasulullah saw
“Mencari ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim “(Hadis riwayat Ibnu Majah).
Selain itu menuntut ilmu bukan sahaja menuntut ilmu tetapi dalam islam sesiapa menuntut ilmu akan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah swt sebagaimana sabda jujungan saw
“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”
[Riwayat Muslim dalam Shahihnya (penomboran Fu’ad Abd al-Baqi), hadis no: 2699].

Jikalau kita lihat dalam hadis-hadis diatas islam memang dan amat menitik berat dalam menuntut ilmu dengan berilmu inilah agama islam akan kekal didunia ini dan ekonomi islam akan berkuasa.

Zaman Kegemilangan islam
Amir ingin meninjau sejarah islam kerajaan andalusia yang berpusat di sepanyol ketika dahulu .Di negeri inilah lahir tokoh-tokoh muslim ternama yang menguasai berbagai ilmu pengetahuan, seperti Ilmu Agama Islam, Kedokteran, Filsafat, Ilmu Hayat, Ilmu Hisab, Ilmu Hukum, Sastra, Ilmu Alam, Astronomi, dan lain sebagainya. Oleh karena itu dengan segala kemajuan dalam berbagai ilmu pengetahuan, kebudayaan serta aspek-aspek ke-islaman, Andalusia kala itu boleh dikatakan sebagai pusat kebudayaan Islam dan Ilmu Pengetahuan yang tiada tandingannya setelah Konstantinopel dan Bagdad. Maka tak heran waktu itu pula bangsa-bangsa Eropa lainnya mulai berdatangan ke negeri Andalusia ini untuk mempelajari berbagai Ilmu pengetahuan dari orang-orang Muslim Spanyol, dengan mempelejari buku-buku buah karya cendekiawan Andalusia baik secara sembunyi-sembunyi ataupun terang-terangan.
Berkat kedatangan Islam di Andalusia hampir delapan abad lamanya kaum Muslim mengusasi kota-kota penting seperti Toledo, Saragosa, Cordoba, Valencia, Malaga, Seville, Granada dan lain sebagainya, mereka membawa panji-panji ke-Islaman, baik dari segi Ilmu pengetahuan, Kebudayaan, maupun segi Arsitektur bangunan.Pada ketika itu negara-negara di eropah menghadapi zaman kegelapan, dengan kurangnya ilmu pada ketika itu.

Jom kita sama-sama menghayati video dibawah ☺


hari ini mereka telah menguasai semula negara-negara yang islam telah tawan ketika kegemilangan islam ketika dahulu. ☺

Kesimpulan: Oleh itu marilah kita semua bangkit dan berlumba-lumba untuk mendapatkan ilmu. Walaupun kita sudah tamat pengajian tapi mencari ilmu jangan kita berhenti begitu sahaja terutamanya mendalami ilmu agama dan juga ilmu ekonomi.Apa yang penting ialah tanggungjawab kita ialah menuntut ilmu sehabis-habisnya. Amir yakin suatu hari islam pasti akan bangkit dan menguasai semula dunia. InsyaAllah. 
Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas’ud dari pada Nabi SAW sabdanya “Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki (Al Mahdi) dari keluargaku sama namanya dengan namaku dan nama ayahnya dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman “.
Bagaimana pun kerosakan di dunia, Tuhan telah berjanji melalui Rasulullah SAW, Islam pasti akan kembali bangkit untuk kedua kalinya.
Di hadis lain disebutkan bahawa:
Dan telah mengeluarkan Ibni Abi Syaibah dan Nu’aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu’aim dari Ibnu Mas’ud, katanya: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka kedua mata Rasulullah berlinang air mata dan wajah beliau berubah. Akupun bertanya: “Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?”. Beliau menjawab: “Kami Ahlul bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan, tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetepi mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walalupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi. “

No comments:

Post a Comment