Friday 25 July 2014

BIDADARI DUNIA

Kita biasa dengar bidadari cemburu kepada isteri-isteri solehah. Di antara hadis tentang ini adalah seperti berikut ini.


Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, "Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli (cantik)?" Baginda s.a.w menjawab, "Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak." 

Saya bertanya, "Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?" Baginda s.a.w menjawab, "Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, 'Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya'. 
(H.R. Ath-Thabrani)


Isteri solehah yang dicemburui bidadari itu, kakinya berpijak di bumi tetapi rohnya di Sidratul Muntaha. RSA nak tunjukkan kebesaran Tuhan bahawa isteri solehah itu adalah bidadari dunia yang dicemburui bidadari Syurga kerana tahap roh mereka itu.  Walau pun fizikalnya berusia tetapi apabila rohnya aktif dan terhubung dengan Allah dan RSA maka fizikalnya pun ikut aktif, sehingga dia mampu melayan suaminya cukup luar biasa. Itulah roh suci dan seks suci yang diperjuangkan RSA yang dikenalkan melalui Wasilah Bonda Ummu Jah.

Isteri solehah adalah bidadari di samping suami. Dia berusaha untuk taat, khidmat dan menghiburkan suami dalam semua keadaan. Walau isteri dalam keadaan sakit, dia bangun berusaha nak hiburkan suaminya.Kalaulah dia sakit hingga membawa mati, dia boleh dapat mati syahid kerana berkhidmat kepada suami. Isteri zaman sekarang, kalau pening kepala sikit pun dah kurang layan suaminya. Suami memang simpati dan boleh memaafkan isteri sakit kepala. Tapi selaku isteri mesti berusaha buat yang terbaik. Kalau dapat diusahakan perkara-perkara tersebut, masya Allah, itu sangat disukai Allah dan Rasul.

Siti Fatimah, anak Baginda Rasulullah adalah contoh hebat dan kuatnya roh isteri solehah. Sebab itulah mengapa dia tidak dipoligamikan. Kekuatan rohnya tidak mampu disaingi mana-mana wanita di dunia ini, samada hubungan terhadap suami lebih-lebih lagi terhadap Tuhannya. Rasul s.a.w menunjukkan melalui anaknya itu, kerana hebat kekuatan rohnya, yang dicemburui bidadari itu, maka kesusahan yang luarbiasa dihadapinya dengan penuh sabar dan redha. Kerana ketaqwaannya, berbagai keajaiban berlaku padanya. Batu giling pun bergerak sendiri mahu berkhidmat kepada Siti Fatimah. Begitulah sekali kehebatan roh siti Fatimah. Tetapi kehebatan Siti Fatimah itu Yahudi sorokkan. Sebaliknya ditunjukkan negatif pada peribadinya.

Jahatnya Yahudi lagi apabila melahirkan pelacur-pelacur yang digunakan untuk kepuasan nafsu lahirmanusia. Diajar pelacur-pelacur itu bagaimana untuk memuaskan nafsu dengan 1001 cara, namun nafsu tetap tidak akan puas. Walau bertukar sebanyak mana pun wanita dalam satu malam, tetap nafsu takkan puas. Di sinilah hebatnya roh yang sudah di Islamkan. Bila terjadi kepada suami dan isteri yang cintakan Tuhan. Yahudi menaja seks haram kerana ingin melawan seks suci yang dihasilkan oleh wanita solehah yang cukup luar biasa.

Di sinilah hebatnya manusia yang memiliki roh yang luar biasa. Bahkan malaikat pun tak mampu menandinginya. Malaikat memanglah baik kerana tidak dibekalkan nafsu seperti manusia. Tetapi bila roh dah ditingkatkan, dia adalah lebih hebat daripada malaikat.

No comments:

Post a Comment