Wednesday 23 July 2014

Renungkanlah Wahai Sahabat


1-Kadang-kadang kejujuran itu diragui, mungkin disebabkan sikap dahulu belum pulih sepenuhnya, masih bersisa didalam diri...
Aku insan yg lemah, tidak kuat untuk menerima segala kemungkinan yang berlaku walaupun adakalanya hati ini menyangkal akan perbuatannya. 
Aku tidak mampu menerima sebuah penipuan, ia sangat menyakitkan. Ku serahkan segalanya pada yang Maha Esa, 
  

2-Jika ia benar aku yakin Dia akan tunjukkan kebebaran itu padaku...
Tidak ada gunanya berwajah indah rupawan juga tampan...jika inginkan perhatian manusia, ingin menjadi seseorang yg digilai ramai gadis2. Tetapi kita lupa bahawa semua nikmat ini adalah pinjaman semata-mata didunia. Kita hilang kesetiaan yg selama ini ada yg menanti diri kita dgn penuh kejujuran dan keikhlasan. Hanya semata-mata mendambakan popularity, glamour, dalam kalangan manusia yg sering alpa.
Bersyukurlah dengan apa yg kita miliki, jangan biarkan suatu hari nanti dia yg ikhlas menanti kita saban hari lari meninggalkan kita akibat sikap kita yg tamak haloba...

No comments:

Post a Comment