Tuesday 22 July 2014

BESARNYA KASIH SAYANG RASULLULLAH S.A.W TERHADAP UMATNYA


Betapa besar cinta Rasulullah kepada kita, tetapi sedetik pun kita tak rasa cinta kepada Rasulullah, langsung tidak rasa bersalah apabila meninggalkan sunnah baginda..

“Ya Allah, kau tanamkanlah rasa cinta ku kepada Mu dan Rasul-Mu”.. Tak dapat bayangkan macam mana perasaan para sahabat ketika nabi wafat. Tapi kita sekarang, tak rasa sedih langsung walaupun Rasulullah telah meninggalkan kita.
Daripada Abbas r.a Rasulullah saw bersabda : “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad saw”

Jibrail a.s akan datang kepadanya membawa seekor buraq. Israfil datang membawa bendera dan mahkota. Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga. Israfil bersuara “wahai roh yg baik ! Kembalilah ke tubuh yg baik maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yg kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika rasulullah saw berdiri, baginda saw telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda saw. Baginda saw melihat kanan dan kiri. Baginda saw menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Baginda saw bersabda “kekasihku Jibrail! Gembirakanlah aku !”

Jibrail as berkata: “apaakah yang kamu lihat di hadapanmu ?”

Baginda saw bersabda: “bukan seperti itu pertanyaanku.”

Jibrail as berkata: “adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yg terpacak di atasmu ?”

Baginda saw bersabda: “bukan itu maksud pertanyaanku.

Baginda saw bersabda: “aku bertanya kepadamu akan umatku. Dimana perjanjian mereka ?”

Baginda saw bersabda: “nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”

Jibrail as menyeru “wahai sekelian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yg telah disediakan oleh Allah taala”

Umat-umat dtg di dlm keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali nabi Muhammad saw berjumpa satu umat baginda saw akan bertanya: “di mana umatku ?”

Jibrail as berkata: “wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.” Apabila nabi Isa as dtg, Jibrail as menyeru: tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibrail as menangis.

Nabi Muhammad saw berkata: “mengapa kamu berdua menangis.” Jibrail as berkata: “bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?” Nabi Muhammad bertanya: “dimana umatku ?” Jibrail as berkata: “mereka semua telah dtg. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demekian, nabi Muhammad saw menangis lalu bertanya: “wahai Jibrail! Bagaimana keadaan umatku yg berbuat dosa?”

Jibrail as berkata:,”lihatlah mereka wahai Muhammad saw!”

Nabi Muhammad saw bertemu umatnya yg berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “wahai Muhammad!”

Nabi Muhammad saw bersabda: “wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.

Allah taala berfirman di dalam keaddan dia amat mengetahui sesuatu yg tersembunyi: “di mana umat Muhammad saw?” Jibrail as berkata: “mereka adalah sebaik umat.”

Allah taala berfirman: “wahai Jibrail! Katakanlah kepada kekasihku Muhammad saw bahawa umatnya akan dtg untuk ditayangkan di hadapanku.”

Jibrail as kembali di dalam keadaan menangis lalu bertanya: “wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah taala”

Nabi Muhammad saw berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah taala”

Allah taala berfirman: “hari ini, kami akan nenbalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.

Hari ini, aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiku. Dan, aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhapaku.

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad saw menyeru: “tuhanku.. Penguasaku penghuluku..! Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku darimu!”

Ketika itu juga, mereka jahanam berseru: “siapakah yg memberi syafaat kepada umatnya ?”

Neraka pun berseru: “wahai tuhanku.. Penguasaku dan penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaanya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku. Bara apiku, penyiksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”

Nabi Muhammad saw lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda saw sujud di hadapan arsy Allah swt dan sekali lagi, baginda saw rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.

Para nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: “maha suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah taala ini begitu mengambil bearat, hal keadaan umatnya.

Fatimah r.a bertanya: “di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?” Baginda saw menjawab: “kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.”

Tatkala umat nabi Muhammad sedang mencari mimbar nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat

Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat nabi Muhammad saw dia berkata: “ini umat nabi Muhammad saw. Mereka telah sesat dari nabi mereka.”

Suara Mariam, telah didengari oleh nabi Muhammad saw. Nabi Adam a.s berkata kepada nabi Muhammad saw “ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah taala”

Nabi Muhammad saw menjerit dari atas minbar lalu bersabda: “marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah taala untukmu!”

Umat nabi Muhammad saw berkumpul di sisinya. Ketika di atas sirat, nabi Muhammad saw bersabda kepada malaikat malik: “wahai malik! Dengan kebenaran Allah taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.

Nabi Muhammad saw berhenti di atas sirat

Setiap kali, baginda saw melihat seorang dari umatnya bergayut di atas sirat, baginda saw akan menarik tanganya dan membangunkan dia kembali.

Nabi Muhammad saw berkata “tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan!  Selamatkan mereka!

Sahabat muslimin dan muslimat…
Pernah kita fikir selama ini adakah kita jalankan segala saranan Rasulullah??
Pernah kita fikir pengorbanan baginda???
Pernah kita ada rasa untuk mencintai baginda???

Pernah kita hargai betapa sayangnya baginda pada kita???
Tika sakaratul mautnya…..
Perkataan apa yang keluar dari mulut baginda???
Ummati…ummati…ummati….

Pernah kita hargai betapa cintanya baginda pada kita???
Tika jasadnya dibangunkan…
Perkataan apa yang keluar dari mulut baginda???
Ummati…ummati…ummati….

YA ALLAH…

tiada kata yang bisa keluar dari mulut ini…
tiada ungkapan yang dapat digantikan dengan betapa kasihnya Rasullullah pada umatnya..

Cintailah Rasulullah saw, kerana sesungguhnya baginda amat menyayangi kita semua khususnya kepada UMATnya yang tercinta. Sayangnya Rasulullah kepada kita….

No comments:

Post a Comment